expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 18, 2018

Rindu nasi lemak telur leleh di Perbadanan Putrajaya

Salam. Erm sedihnya bila kedai yang jual nasi lemak telur mata leleh yang sedap giler kat Perbadanan Putrajaya tu dah tutup..:( Since Ramadhan hari tu dah tutup. Then ternampak notis katanya akan dibuka semula. Excited dah tunggu, but hampanya bila dibuka semula, owner dah lain. Nasi lemak pun dah lain. No more telur mata separuh masak panas-panas from kuali. huhu..

Inilah breakfast saya almost every morning at office. Telur tu digoreng dengan butter, perghh memang tangkap leleh! Nasi lemak nya just nice la untuk sekali makan. Walhal sebelum ni saya tak suka langsung telur separuh masak. Tapi sekali pekena dengan nasi lemak ni terus fall in love.


Nasi lemaknya agak murah dan sedap. Ada macam-macam jenis nasi lemak. Biasa (telur rebus), sambal kerang, ikan masin dan sambal sotong. Harga sama untuk semua jenis RM2.00. Yang best kalau nak add-on telur mata, request je terus dapat yang panas-panas dari kuali. RM1.00 je if tambah telur.


Hmm.. Tinggal kenangan. Husband pun suka if saya belikan nasi lemak ni. Sambal tak manis, nasi lemak cukup rasa, telur mata cair, memang marvelous! Sometimes lepak ngan officemate. But now dah takde. Owner kedai dah bertukar. Ada nasi lemak tapi tak sama dengan yang ini. Rindu pun ada. Huarghhh tak pernah rindu dengan makanan sampai gini sekali. huhu


Misya : Terpaksa masak sendiri if teringin nak makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...