expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 30, 2018

SkyYogurt | Sedap seperti baru turun dari sky...!

Salam. To be honest saya bukan peminat yogurt sangat sebab rasanya masam. But interpretasi saya tergugat when try this homemade yogurt by SkyYogurt. How? My officemate open order dalam group whatsapp about this yogurt. Saja la beli 3 jenis flavour. Sampai je atas meja, teruslah buka 1 nak rasa. Risau takut masam. hehe..

Finally lepas rasa semangkuk terus jadi like dengan yogurt! hehe. But this brand only la. Brand lain tak pasti boleh suka ke tak. Serius sangat sedap! Nyesal order sikit je hari tu. So delicious seperti baru turun dari sky ibarat namanya.. Gitewwww....;) But memang tak tipu, sedap yogurt ni. Kipidap to seller!

Ada macam-macam flavour. Also ada dalam 2 sizes. Kecil RM2.00. Besar RM5.00. Murah kan? Contact je no. fon tertera kat label tu if berminat nak order. If tak silap, seller beroperasi di Negeri Sembilan. But kalau jauh-jauh tu kena deal order banyak-banyak la kot sebab produk sejuk.

Yang bestnya ada potongan buah kecil-kecil dalam yogurt ni. Tak kira flavour apa mesti ada buah. Rasanya tak masam sangat tu yang wat saya suka. Hope dikekalkan kesedapan dan kesegaran yogurt produk yogurt ni.

Order seterusnya saya beli banyak sikit and rasa semua flavour. But tak sempat snap gamba dah habis! haha.. Flavour yang paling saya suka adalah mango dan jagung. Uols nak tahu lebih details bolehlah like and follow FB & Insta skyyogurt. 



Misya : Healthy desert.

Teruja naik feri Pulau Pinang dengan husband!

Salam. Dolu-dolu sebelum ada baby, selalu jugalah jenjalan dating ngan incik suami. Sampai ke Penang kami mai naa.. huhu. This is my first time naik feri dari Penang untuk pulang ke mainland with husband. Sebelum ni pernah je naik ferry ni masa outstation kerja ngan officemate. Kali ni special ckitlah sebab ibarat macam pi honeymoon gitu. Ahakss..


Sebelum ni naik dengan kereta juga tapi takdelah teruja sangat. Haha.. Kali ni excited lebihlah sikit.

Nak naik ni kena beratur la sat. Tapi takdelah lama sangat. Maybe sebab kami datang weekdays so tak ramai orang sangat.

Nak naik feri ni if dari pulau adalah dari Pangkalan Raja Tun Uda. If di mainland, naik di Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Bila feri dah start bergerak, apa lagi, keluar daripada kereta dan lepak tepi feri sambil menikmati pemandangan laut yang indah.

Haruslah posing!

Husband suka tengok laut sebab rasa tenang je katanya.

Cuaca cantik time ni, memang nice la view Pulau Pinang dari atas feri.

Sonok dapat naik feri dengan incik suami. Hehe..

Kebetulan ada yatch lalu. Very nice..

Dari kejauhan kelihatan Jambatan Pulau Pinang gah berdiri merentasi lautan. Bestnya naik feri ni sebab free aje. Kalau lalu jambatan kena bayar tol. Huhu.. Tapi saya tak pasti if dari Seberang Prai nak ke pulau kena bayar ke tak feri ni sebab tak pernah naik. 

Kasi selfie la sikit kan.. Mood honeymoon kononnya sampai beli baju sama colour kat Penang. haha.

Orite nanti saya story apa aktiviti kami wat di Penang sepanjang short vacay di sana. Kot boleh jadi reference untuk uols nak ke sana nanti. Tata...




 Misya : Penang is like mini Singapore.

SEGMEN BLOGLIST 2019

Klik untuk join

Segmen Blog Review 2018

Klik untuk join

Resepi Donut Coklat Ceria Ringkas dan Mudah

Salam. Today I wanna share 1 resepi simple untuk penggemar donut. Cuma resepi saya ni bukanlah saya buat donut tapi menginovasikan donut segera sedia ada supaya nampak lebih menarik untuk dimakan. hehe.. 

So camne nak wat donut gini? Ala simple je caranya.

Bahan-bahan

Donut Segera (jenama MyPride - beli di Penjara Kajang)
Coklat Kompoun (jenama Beryl's)
Coklat Rice
Sedikit Butter





Kaedah Membuatnya 

Mula-mula goreng dulu donut segera frozen sampai jadi kekuning-kuningan.

Dah siap, toskan atas kertas tisu untuk serapkan minyak berlebihan. 

Untuk coklat, panaskan coklat compound dengan sedikit butter. Gunakan api yang paling perlahan.

Kacau sampai coklat dan butter sebati. 

Agak-agak dah berkilat rupanya bolehlah tutup api.


Ok readykan ketiga-ketiga bahan utama. Kalau boleh tunggu donut sejuk sedikit untuk makesure coklat melekat kat donut.

Celupkan sebelah bahagian donut dalam coklat

Suka hati lah nak banyak mana, agak-agak puas hati oklah

Then boleh celupkan donut bercoklat tadi dalam coklat rice atau taburkan coklat rice atas donut. Terpulang...

See, meriah kan donut saya? Warna-warni ceria gitu. hehe..

Bila makan ginilah rupanya. Hehe.. But nasihat saya, rasanya agak manis. So tak eloklah amalkan selalu. Maybe boleh gunakan kacang yang ditumbuk atau bahan-bahan lain unuk gantikan coklat rice.




Misya : Sweet like me. :p


HFMD || Erina dijangkiti kerana kecuaian pengasuh?

Salam. Beberapa bulan lepas baby Erina dijangkiti HFMD. Haa penyakit ni kalau kena boleh berjangkit kat baby dan kanak-kanak lain. Tak sangka babyE terkena HFMD a.k.a Hand Food and Mouth Disease. memang babyE beberapa hari sebelum tu demam kejap kebah kejap naik suhunya. Ingatkan sebab nak tumbuh gigi atau peralihan bulan. Bagi ubat, ok. Then demam balik. Lama-lama baru perasan ada bintik-bintik naik kat peha kanan dia. But Alhamdulillah sekarang dah sembuh sepenuhnya.

Tengah sakit pun masih nak main-main ngan mommy yer..

Bintik-bintik paling banyak naik kat kaki. Mula-mula dia macam biji-biji air gitu. Pastu dia pecah jadi gini.

Kat lutut. Dahlah babyE time ni dah start merangkak. So kadang dia tak selesa la bila lutut jejak lantai time merangkak.

Kat bibir dia pun ada tapi tak banyak. Cuma maybe dalam mulut pun ada sikit so dia macam tak selera makan sangat. Risau mommy bila anak taknak makan.

Kat tangan pun ada sikit.

Puas juga mencari dari mana datang HFMD ni sampai terjangkit kat babyE. Siasat punya siasat ada anak jagaan pengasuh rupanya HFMD. Dah cuti seminggu tapi parent budak tu tak inform pun pengasuh yang anaknya kena HFMD sebab malu. Dia kata anak dia kena campak. Adoi! Tolonglah jangan camtu.. Tak pasal-pasal anak saya jadi mangsa. Nasib baik tak worse sangat. Tapi tak worse pun saya kena cuti kuarantin juga selama 5 hari. Alhamdulillah dapat jaga babyE cuma terkilan lah ada parent yang tak alert benda ni. Pengasuh Erina pun dah minta maaf tapi dia pun tak sangkalah parent tu tak inform perkara sebenar. Sebab selama 9 tahun dia jaga budak, tak pernah lagi anak asuhan dia kena HFMD. Takpela, dah nasib babyE nak terkena. 

Alhamdulillah babyE cepat sembuh. Dalam pada-pada tak sihat tu masih boleh tersenyum main-main ngan mommy and daddy. Cuma kesianlah kadang dia merengek-rengek, nangis kejap-kejap maybe dia tak selesa. Hopefully babyE tak terkena lagi jangkitan HFMD ni. Susah hati mommy and daddy dibuatnya. 


Misya : Syukur ada kemudahan cuti kuarantin.

Sarang Steamboat & Grill, Wangsa Walk

Salam. For those yang suka makan steamboat tu try lah Sarang Steamboat and Grill kat area Wangsa Walk, KL. Kebetulan saya ada kursus kat KL, stay hotel di sana so memalam merayaulah cari dinner. Teringin pulak nak makan steamboat yang ada grill sekali sebab dah bosan makan nasi. Pusing-pusing around Wangsa Walk terjumpa satu restoran steamboat baru je beroperasi. 


Kami sampai je kebetulan takde customer. Heaven la kiranya! hehe.. Rate seorang RM39.00 if tak silap. Makanlah sampai lebam. huhu


Ada beraneka jenis pilihan makanan laut, ayam dan daging perap.



Our favourite part yang grill tu. Letak butter banyak-banyak then bakar daging or ayam perap. 

Bau daging marinated dibakar dengan butter, perghh marvelous!!!


So boleh view deco and konsep kedai ni. Simple je but nice la.

Ada bermacam jenis mee



Dah memang family mertua duk KL so berlima la kami menikmati steamboat with adik ipar and mom in law and babyE. hehe.. Yang snap gambar ni my husband.

If nak datang tak susah pun nak cari tempat ni. Kat kedai-kedai luar Wangsa Walk. Beroperasi sampai tengah malam if tak silap. Sorry gambar agak romantik gitu. haha..

1st time datang memang puas hati sebab sedap. Recommended la tempat makan ni buat sesiapa yang tercari-cari restoran steamboat dan grill Halal tengah Kuala Lumpur yang diusahakan oleh orang Muslim. 


Misya : Halalan Thoyibban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...