expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 22, 2018

Keunikan ABC Islamik

Salam. Indahnya hidup ni bila segalanya berpaksikan pada ajaran agama Islam yang sebenar kan? Tertarik saya bila ada hamba Allah yang sangat kreatif menggunakan huruf ABC untuk mengaitkan diri kita supaya sentiasa beramal soleh dengan ajaran Islam. Moga-moga kita semua nanti ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.. Jom tengok uniknya ABC hingga Z bila dibuat dalam bentuk ayat Islamik yang sangat sweet (like me). ;) 

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
M uhammadurRasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal...


Terima kasih buat yang sharing keunikan ABC yang Islamik ini.


Misya : Punca kuasanya adalah diri kita sendiri.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...