expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 27, 2018

Nasi Lemak Antarabangsa kurang menyengat?

Salam. Dolu-dolu siapa masih ingat ada satu kedai jual nasi lemak yang jadi viral seMalaysia di Kampung Baru, Kuala Lumpur? Nasi Lemak Antarabangsa - giler punya famous. Tapi sekarang dengan kewujudan tempat makan lagi best, maka kedai ni kelihatan kurang menyengat lagi. Wallahualam lah sebab masa saya datang makan baru-baru ni, tak ramai sangat pelanggan compare masa saya datang beberapa tahun yang lepas. Time tu tempat duduk pun takde sampai kena tunggu orang lain beredar. But now, ianya kelihatan seperti kedai makan biasa saja.

Yang bestnya kat sini, macam-macam lauk kita boleh pilih untuk di combinekan dengan nasi lemak. Favourite saya telur mata. Ternampak ada bergedil terus amik sebijik. huhu


My husband pilih bergedil with rendang ayam.



Sambil-sambil makan nasi lemak, bolehlah menjamah otak-otak sekali.


Thanks to mom in law belanja kami makan di sini.

Maaf gambar agak kelam tapi inilah rupa kedai Nasi Lemak Antarabangsa. Still ada ramai pelanggan cuma tak macam dulu sangat.

Personally saya rasa rasa nasi lemak kat sini kurang menyengat. Tak macam nasi lemak 'Melayu' yang sebenar. I don't know la tapi pekerja sini mostly bukan warga tempatan- nak ngam kan dengan nama 'antarabangsa' kot. Hehe.. Maybe dah campur-campur resipi dan air tangan, jadi taste nasi lemak especially sambalnya tak kick sangatlah. Hope dorang watlah penambahbaikan. Oh ya gambar budak dalam stroller tu bukan anak saya. Anak orang kat meja sebelah. hehe..



Misya : Pernah kena sengat lebah.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...