Beriani Hut, Desa Pinggiran Putra

Salam. For those yang tercari-cari tempat makan di area Desa Pinggiran Putra (berhampiran Putrajaya) bolehlah try Nasi Biryani di Restoran Beriani Hut. Kebetulan saya ke spa di area sini, habis treatment waktu tengahari memang dah kelaparan. Ternampak restoran ni terus singgah dan tapau 2 bungkus nasi biryani. 1 untuk saya, 1 untuk husband.

Saya pilih Nasi Biryani ayam goreng berempah.

Inilah restorannya.. Ada juga menu-menu lain dari negeri Johor. Dah nama ada darah bangsa Johor so memang kenalah dengan tekak menu di sini. Cuma saya hanya try beli nasi Biryani je dulu.

Antara list menu yang ada.

Suasana dalam restoran, bersih dan selesa. 

Husband saya order nasi biryani dengan lauk ayam biryani. Serius sedap!


If pilih ayam berempah, boleh pilih nak kuah sambal atau biryani. Saya pilih sambal masak merah ni.

Actually dalam sebungkus tu dibekalkan sekali dengan keropok papadom dan acar (jelatah). Completelah dan puas makan sebab nasi dia bagi banyak juga. Uols yang suka makan nasi biryani tapi nak kedai Melayu (sebab selalunya restoran Mamak je ada), disarankan singgah ke restoran Beriani Hut ni. If kena dengan tekak bolehlah datang selalu.


Misya  : Tak berani nak wat nasi beriani. :p




Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts