expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 20, 2018

Bila babyE dapat pegang stereng...

Salam. Amboi-amboi nak.. Bukan main lagi si budak ni bila dapat pegang stereng. Haha.. Sementara tunggu kat parking, saja lah mommy letak Erina kat tempat driver. Dengan pengawasan mommy nya, bukan main lagi si baby Erina seronok dapat pegang stereng kereta. Ciri-ciri pemandu yang berjaya dah ada dah tu. hahaha..

Tengoklah betapa fokus nya dia. Sejak dah pandai berdiri ni lagilah dia excited dengan benda-benda gini.

Dengan kepala tak berapa nak ada rambut lagi, terujanya dia dapat pegang stereng. Geram nengok gelagat baby ni kan? huhu

Pantang ada peluang mesti mommy ajak wefie. 


Untonglah dalam fon mommy penuh gambar dia je sekarang. haha.

Haaa nak speed laju-laju gi mana tu? hihi..

Dah besar nanti babyE pula yang drive bawa mommy and daddy gi jenjalan, boleh? 



Misya : Dapat lesen P masa study di UKM.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...