expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 18, 2018

Datang Kelantan wajib singgah Restoran Syakila

Salam. Kalau datang Kota Bharu, Kelantan, antara tempat makan yang mesti saya singgah adalah Restoran Syakila ni. Bertentangan dengan Balai Islam memang restoran ni wajiblah singgah. Mula-mula dulu tak biasa sangat dengan makanan Kelantan. Bcos kebanyakan makanannya manis-manis. Hehe.. Sekali husband bawa singgah restoran Syakila ni terus jatuh cinta dengan makanan Kelantan especially sambal cili yang pedas berdesup-desup tuh! haha..

Inilah restorannya. Simple je kedainya. Tapi dengar cerita Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pun pernah makan di sini. Huhu.. Wallahualam..


Nak cari restoran tak susah. Waze je  Balai Islam, seberangnya adalah restoran ni. Memang tempat ni port terbaik untuk lunch.

Ada macam-macam jenis menu dihidangkan sampai rambang mata tak tahu nak makan apa. Dari lauk-pauk sampailah manisan.

Yang ni salah 1 stesen lauk-pauk. Macam-macam jenis pilihan.

Stesen seterusnya berkawah-kawah lauk yang lain tersedia. Jangan terjun dalam kawah tu sudahlah. hahaha.. Segala macam jenis gulai kawah boleh try.


Normally saya suka ambil lauk ayam goreng berempah plus kuah gulai kawah daging.

Datang Kelantan wajiblah makan budu. Jangan lupa sambal cili berapi. Kena plak dengan ulam-ulaman fresh memang marvelous lah!


So far memang tempat ni recommended if nak makan masakan Kelantan. Macam makan di kampung giteww feelingnya. Harga pun murah lagi compare di KL. Support bisnes orang kita juga kan. Selamat menjamu selera.


Misya : Sukar terima sambal tumis rasa manis.



1 comment :

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Paling tertarik dengan budu dan ulam-ulaman tu. Lamanya tak makan budu. Bestnya banyak masakan kampung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...