Dazs Donuts & Coffee || Alternatif kedai donut sedap..

Salam. Selalu kalau donut ni mesti teringat Dunkin Donut atau pun Big Apple. But ada 1 lagi kedai jual donut sedap kat Mydin Mall Melaka. Dazs Donuts & Coffee namanya. Kebetulan saya outstation ke Melaka. Bosan-bosan di malam hari jenjalan lah jap kat sini. Ternampak kedai donut ni. Tengok gambar kat katalog, errmm not bad juga. Mesti sedap ni. So saya try beli beberapa keping donut.

Comel je kedainya. Harga standard lah macam brand donut yang lain. Tapi rasanya murah ckit kot.

Ada bermacam flavour. Terliur gak dibuatnya. Haha.. Walaupun rupanya ala-ala Big Apple Donut. 

Ok dapat beli 3 keping donut. Nak makan sorang je tak larat nak habiskan if beli banyak-banyak. huhu. Rasanya? Sedap! Donut pun lembut je. Oklah ada alternatif untuk penggemar donut kat Melaka ni. Tak pasti if ada branch/outlet kat tempat lain sebab brand ni tak pernah nampak lagi kat tempat lain. Kalau terjumpa kat tempat lain, bolehlah try.


Misya : Pernah band sejenis donut jenama ..... ;)

Comments

  1. sekarang nie MN dah jarang beli donut big apple tu sebab mudah muak donut dia..

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak pernah lagi nampak brand tu kat tempat lain. Rasanya pernah nampak kat Mydin Melaka je. Saya tak pernah beli donut kat Dazs Donuts & Coffee sebab bagi saya harganya agak mahal untuk sekeping donut. Lagipun saya tak minat sangat makanan yang terlalu manis ni. Tapi disebabkan Kak Misha cakap sedap, mungkin saya boleh cuba nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts