expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 18, 2018

Homestay Murni, Kota Bharu, Kelantan || Apa pendapat saya?

Salam. Dah lama rasa tak pi bercuti. huhu. Last time paling jauh pun gi jenjalan ke Kota Bharu, Kelantan. Disebabkan kami datang sefamily (2 buah kereta) so husband sewa homestay kat sekitar Kota Bharu. Lebih jimat banding sewa hotel. Nama homestay ni Murni. Saya tak pasti lokasinya dengan tepat sebab kami sampai pun dah malam which tak perasan kawasan mana husband saya lalu. Tahu-tahu je dah sampai homestay ni. huhu.. 

Homestay ni ada 4 bilik. 3 bilik di tingkat atas, 1 bilik di tingkat bawah. Cuma tak ingat tak semua bilik ada aircond. Which memang sesuailah sewa untuk family yang ramai. Yang ni adalah master bedroom. Ada bilik air. sendiri dan aircond. Disebabkan saya ada baby so saya dan husband dapat bilik ni. Hehe. Bilik master ni sangat luas. Boleh bentang tilam/toto tidur ramai-ramai.

Master bedroom ni ada meja solek, ampaian dan sejadah.

Bilik kedua.

Bilik ketiga. Sharing bilik air dengan bilik kedua.

Bilik keempat tingkat bawah. Semua bilik bersih dan selesa. If bawa warga emas yang takleh naik tangga tu sesuailah tidur di bilik bawah. Toilet pun ada. 


Kat hall atas ada ruang untuk iron baju.

Hall atas ni pun luas. 


Ruang tamu dan ruang makan. Besar kan? Kebetulan rumah ni conner lot so thats why saiznya besar.

Puas hati dapat homestay besar gini. Sangat selesa. 

Cuma kat ruang tamu takdak aircond. But berkeadaan bersih dan selesa untuk lepak-lepak.



Dapur ada peti ais, rice cooker dan pinggan mangkuk. Mesin basuh pun ada in case stay lama kat sini bolehlah basuh baju.

If nak masak-masak, dapur gas pun disediakan. Cuma saya harap akan datang ada penambahbaikan dibuat di dapur iaitu menambah microwave dan water filter (dah ready air panas dan sejuk). Sebab orang macam saya yang ada anak kecil ni perlukan kemudahan untuk panaskan makanan dan buat susu anak dengan pantas. Plus kami terpaksa beli air mineral untuk masak air sebab tak sanggup nak tadah air paip untuk dimasak then terus minum. Harap tuan rumah pertimbangkan cadangan ni kalau dia baca review saya ni. hehe.

Toilet sangat bersih.  Cuma tiada air panas kat bilik air di master bedroom. Orang dewasa okla nak mandi air sejuk. Sian kat baby kena mandi air sejuk pagi-pagi buta. haha.. (Manja betol!)


So far homestay Murni ni memang selesa dan sesuai untuk family yang ramai. Sewa pun murah. RM250.00 untuk 1 malam if tak silap. Okla kan? If share sewa ramai-ramai jimatlah lagi ongkosnya.

If berminat nak booking boleh contact nombor ni : 012-6050071 (Kamarul)



Misya : Penambahbaikan untuk kemajuan.

1 comment :

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Besarnya homestay tu. Biasanya homestay ada tiga bilik je. Memang selesa lah bagi yang ada ahli keluarga yang ramai. Perabot dan kelengkapan rumah pun banyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...