expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 24, 2018

Mandi bunga di Dedaun Spa

Salam. Musim cuti hujung-hujung tahun ni buat para wanita yang selalu kesibukan bekerja, why not uols memanjakan diri di spa? One of my favourite spa is Dedaun Spa di Seri Kembangan. Dari sebelum kahwin lagi memang spa ni port saya memanjakan diri. Beurut, facial, mandi susu dan sebagainya. Dats why saya memiliki kulit yang sihat dan bersih. Gitewww....! Haha.. Tapi memang betullah, bila gi spa ni jiwa lebih tenang. So hari-hari berikutnya kita rasa lebih fresh dan bersemangat nak mulakan kerja. Skin pun lebih sihat dan cantik. :) 

Antara treatment yang pernah saya wat adalah mandi bunga. Orang kata mandi bunga ni untuk anak dara yang nak kahwin je.  Eh salah tu! Untuk mak-mak dara pun boleh uols. Huhu.. Saya pun tak tahu memula tu. Tetiba ada pakej promo mandi bunga plus treatment-treatment yang lain, saya pun trylah. 

Masuk je kat tempat nak mandi bunga ni terus feeling wow! Dengan bunga-bungaan segar dan harum, rasa excited nak berendam dalam air mandian bunga ni. 

Meriah kan warna-warna bunga ni? Hati pun berbunga-bunga dibuatnya. Haha. 


Bila mandi bunga ni secara tak langsung memberi aura positif dalam diri kita. Wanita kan memang suka bunga. So terasa diri ni disayangi dan dihargai. Getaran warna bunga dan haruman yang menyegarkan membuatkan jiwa lebih tenang dan relaks.


Sambil-sambil berendam tu terapis saya siram badan saya dengan air bunga yang telah dipisahkan kelopaknya. Bagi menambah seri kulit, gosok-gosoklah badan dengan bunga-bungaan ni.

Uniknya spa ni laluan ke tempat mandi pun sangat bercirikan alam semulajadi. Tak dapat nak ke hutan sebenar, kat sini pun dah feel macam duk ada dalam hutan. Feeling-feeling puteri yang tengah mandi kat sungai gitu. hahah..

Geram sebenarnya tengok bunga-bunga ni. Cantik sangat sebab multicolor. Pandai terapis cari bunga bermacam jenis. Automatik boleh menceriakan diri kita. 

Ada rezeki boleh datang lagi mandi bunga. Memang experience yang takkan dilupakan sebab treatment mandi bunga kat sini ala-ala kat hotel 5 star. Actually mandi bunga ni pun antara ikhtiar saya untuk hamil. Yela, dah penat bekerja, badan pun perlu rehat kat tempat begini. At least dapat bagi aura positif kat dalam diri. InsyaAllah mana tau berkesan beri efek positif kat jiwa dan fizikal kita, so dipermudahkan untuk hamil.

Investment untuk diri sendiri yang sangat berbaloi. Sekali sekala apa salahnya kan? 

 
Lepas treatment dihidangkan dengan teh halia dan sedikit kudap-kudapan. 

Thanks Ain, favourite terapis saya di sini. Antara terapis yang faham kehendak saya bila datang ke spa ni. Tapi dengar khabar Ain dah tak kerja kat sini. Frust juga tapi takpelah masih ada terapis yang lain pun bagus servis dorang. Moga Dedaun Spa terus maju hendaknya.

Untuk yang nak try gi dan nak tahu lebih details bolehlah visit fanpage Dedaun Spa. Yang penting spa ni untuk Muslimah only.



Misya : Dah lama tak dapat bunga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...