expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 21, 2018

Melawat Galeri Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Badawi

Salam. Siapa sini tahu Muzium Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 kat mana? Beruntungnya saya, sebangunan dengan office saya di tingkat 9 menempatkan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kebetulan ada open day galeri ni, so saya dan rakan-rakan office yang lain berpeluang melawat galeri ni. Galeri ni dah wujud beberapa tahun rupanya tapi disebabkan kurang promosi, tak ramai yang tahu. So if nak tahu sejarah bekas PM Malaysia ke-5 sejak lahir hinggalah sekarang bolehlah visit galeri ni di Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya. Masuk adalah percuma.

Galeri ni juga menempatkan Pejabat Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Paklah. Patutlah kadang-kadang ternampak kereta dan escort beliau di lobi. 

Pintu masuk galeri.


So kat sini dipaparkan storyboard latar belakang Paklah dari kecil hingga menjadi PM ke-5. 

Paklah ni bukan calang-calang orangnya. Beliau ada keturunan ulama terkenal dari susur galur bapanya if tak silap. Sebab tu masa pemerintahan beliau, konsep Islam Hadhari diperkenalkan. Satu-satunya PM yang pernah mengimamkan solat di Masjid. Salute la!


With my friends also luangkan masa visit galeri ni.

Tak dapat jumpa orangnya, dapat melawat galeri pun jadilah. Sebab dikhabarkan Paklah dah tak berapa sihat sekarang ni. Moga beliau cepat sembuh.

Antara cenderamata dan anugerah yang pernah beliau terima samada dari dalam dan luar negara semuanya ada di galeri ni.



Kita wefie dulu!

Hinggakan baju konvo yang pernah beliau pakai pun dipamerkan.


Antara pingat kebesaran yang dianugerahkan kepada beliau turut dipamerkan.


Basically melalui galeri ni barulah tahu banyak juga jasa dan sumbangan Paklah terhadap negara. Yela bukan senang nak menguruskan sebuah negara dan memuaskanhati rakyat. 


 Masa open day ni agak special sikit sebab lepas melawat galeri, kami dijamu dengan jamuan ringan.


Sambil-sambil tu ditayangkan video tentang Galeri Paklah.


Yang buat saya respect Paklah ni antara PM yang berani menentang gejala rasuah. Ingat lagi minggu-minggu terawal beliau dilantik jadi PM, beliau dah start melawat jabatan-jabatan kerajaan seperti kastam dan imigresen. Fokus utama beliau that time adalah menangani gejala rasuah. Teringat sebab tengok berita kat TV time tu. hehe

Then ada sesi dialog dan kuiz antara pelawat yang hadir.

Yang bestnya saya menang salah 1 kuiz yang diadakan! 

 Yeay dapat hadiah! Alhamdulillah rezeki..


Sonok dapat hadiah. Cenderamata keluaran Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi. Boleh simpan wat kenangan.

Kawang-kawan saya pun menang kuiz juga. Kelakar betul sebab kami dari Kementerian Kesihatan yang conquer pemenang kuiz. hihi

Congrats uols!

Awin, pengapit saya masa wedding saya merangkap officemate saya pun dapat. Tahniah Awin..



Mengabadikan kenangan di Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bagus diadakan galeri sebegini supaya generasi akan datang boleh datang dan mengenali siapa PM ke-5 Malaysia dengan lebih dekat.


Jemputlah datang ke galeri ni. Dibuka setiap hari jam 8.00 hingga 5.00 petang. 


Hope diadakan lebih banyak promosi bagi menarik minat pengunjung ke galeri ni. Yela, walaupun kerajaan sudah bertukar tangan, jasa setiap PM yang pernah memerintah negara ni tetap perlu dikenang. Bukan senang nak jadi PM. Sebab tu saya tak jadi PM! hihihih...

Info lanjut tentang galeri boleh visit fanpage facebook di SINI.


 Misya : Excited nak tunggu siapa PM ke-8.




No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...