expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 21, 2018

Resepi Telur Burung Puyuh Sambal

Salam. Ni kali pertama saya try masak telur burung puyuh. Kebetulan beli telur puyuh kat MAHA 2018 hari tu. 30 biji RM10.00. Try google resepi terjumpa entry Azie Kitchen then improvised sendiri. Nasib baik menjadi. At the same time mak ayah saya datang rumah, and puji sedap. Okla kira lulus and boleh masak lagi nanti. 


Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Telur Burung Puyuh
2. Bawang Besar 2 biji (nak lebih pun boleh)
3. Bawang Putih
4. Cili giling/cili kisar (Saya suka jenama Puteri Giling)
5. Asam keping
6. Garam secukup rasa


Cara-cara memasaknya adalah seperti berikut:


1. Cuci bersih-bersih dan rebus telur burung puyuh. Letak sedikit garam dan minyak masak supaya mudah nak kupas kulit telur. Agak-agak air dah berbuih-buih bolehlah tutup api, toskan telur dan sejukkan di bawah aliran air paip.



2. Kupas kulit telur dan goreng telur dengan sedikit dalam beberapa minit. Kemudian angkat dan biarkan sejuk. Hati-hati masa menggoreng sebab sometimes dia meletup-letup. huhu



3. Kisar bawang putih dan bawang besar dengan sedikit air. Boleh letak sedikit minyak masak untuk bagi bahan kisar cepat masak apabila ditumis. Then tumis bahan kisar sehingga naik aroma.


4. Next, masukkan cili giling/kisar dalam bahan kisar yang ditumis. Kacau dan masak sehingga pecah minyak. Then masukkan asam keping, sedikit air dan garam. Kacau sambal sehingga pecah minyak semula. If nak sambal cair, bolehlah lebih air. Terpulang..


5. Last sekali, masukkan telur dan hirisan bawang merah. Gaulkan kesemua bahan dan siap dimasak. Boleh makan dengan nasi atau cicah dengan roti. Memang marvelous!






Misya : Sambal wajib ada dalam setiap hidangan nasi.

7 comments :

Shahida Dzulkafli said... Reply To This Comment

Sedapnya.. sha suka makan sambal telur puyuh nie dengan nasi lemak..

ejulz said... Reply To This Comment

wahhh.. sedap ni :)

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Shahida Dzulkafli aah betul.. makan ngan nasi lemak pun sodap!

Fatin Syaza said... Reply To This Comment

hui meleleh air liur tengok sambal telur puyuh nii..

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Saya tak pernah lagi makan telur burung puyuh tapi sambal telur burung puyuh tu nampak macam sedap je.

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

Hehe mmg sedap dear.. Tryla nanti.

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

Haha lap mulut tu dear. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...