expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 21, 2018

Rupa dan rasa sebenar buah bidara..

Salam. Selalu dengar orang sebut-sebut buah bidara, buah bidara. Tapi seumur hidup saya tak pernah lihat apetah lagi memakannya. Haha nampak sangat orang bandar tak reti sangat buah-buahan kampung ni.       
      
But today ada sorang kerani kat office bagi try sebiji. Mula-mula taknak ambil sebab seriously saya ingat buah ni masam. Then first time tengok begini rupa sebenar buah bidara. Disebabkan rupanya hijau so saya fikir mesti sangat masam. Terbayang apple hijau yang sangat masam. Last-last amik sebijik je. Yela orang dah bagi takkan sebijik pun taknak amik. Huhu


Kecik comel je buah bidara ni. Macam limau nipis. Kebetulan dua hari lepas memang ada orang jual kat jualan area office but tak terfikirlah pula nak beli. Tengok sekali imbas je. Sebab tak pernah makan. Dan tak reti nak makan camne. Haha teruk betul saya ni. Akak office tu kata gigit je macam buah jambu. 


Okla saya try gigit, sedikit keras tapi bila dapat gigit isinya start lembut sikit. Macam gigit buah apple je. Oh sangkaan saya buah bidara ni masam meleset sama sekali! Atau maybe saya dapat yang manis? ;) But 1st time rasa buah bidara ni, manis juga. Means takde lah manis sangat. Just nice la if nak wat kudap-kudapan. So don't judge fruit by its skin. Hehe..


Nyesal pulak amik sebijik je! Haha tula jual mahal lagi. Takpelah at least tahu dah camne rupa dan rasa buah bidara ni. Takdela jakun or blur kalau orang tanya next time. Hehe.. 


Misya : Zaman dara pingitan sudah berlalu.

1 comment :

ejulz said... Reply To This Comment

mcm ni rupanya buah bidara :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...