expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 18, 2018

Sedih! Adib sudah tiada...

Salam. Allahu sedihnya pagi ni baca berita tentang pemergian anggota bomba, Muhammad Adib yang dikatakan dibelasah semasa insiden kekecohan di sebuah Kuil di Subang Jaya baru-baru ni. Minggu lepas Adib dikatakan semakin stabil tapi tak sangka beberapa hari ni kesihatannya merosot menandakan beliau akan pergi buat selamanya. :(


Menurut Astro Awani, Adib meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara. Berita sedih tersebut diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin. Jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk dikebumikan. Al-fatihah untuk Adib. Buat family dan rakan-rakan Adib, moga tabah dengan ujian ini. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan Adib sembuh tapi apakan daya, kuasa yang maha Esa, Adib pergi jua dan kini sudah tiada.. Moga pelaku yang menyebabkan Adib cedera-parah sehingga menyebabkan kematiannya ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. Hopefully pihak polis sempatlah ambil kenyataan Adib masa keadaan Adib sedikit pulih. If not, memang siasatan menjadi semakin rumit but don't worry, Allah bersama-sama orang yang teraniaya. Amin.


Misya : Ahli kadet bomba masa sekolah.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...