expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 17, 2018

Seronok bagi talk di POLISAS, Kuantan

Salam. Saya jarang update entry tentang kerjaya as a food technologist kan? huhu.. Salah 1 tugas saya adalah jadi speaker/penceramah jika diperlukan. Setengah orang takut if nak bagi talk kat depan orang ramai, tapi kalau saya diberi peluang bagi talk memang saya takkan lepaskan peluang. Haha.. (gila mencapap aku ni!) :p Tapi dengan syarat, saya tahulah topik yang bakal disampaikan. hihi.. Kali ni saya bagi talk di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Atau dikenali juga sebagai POLISAS.



Kali ni seronok sebab audien adalah student POLISAS yang ambil course food tech. Dorang terlibat dengan program pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Saya dijemput untuk bagi taklimat berkaitan Food Handler Training. 

Disebabkan audien saya student so seronoklah 'buli' dorang. haha..Takdelah.. Disebabkan slot saya waktu tengahari, almaklumlah perut dah lapar nak lunch, mata memasing dah layu, apa lagi, kasi exercise lah sikit! Yang penting semua jadi happy lepas tu. Baru lah lebih fokus nak dengar apa yang saya nak sampaikan.



Saya ni kalau bagi talk memang tak reti duk diam. Kejap ke kanan, kejap ke kiri, kadang ke tengah. If dalam small class sampai ke belakang saya pergi. Sebab saya risau if ada yang tak fokus pastu tak dapat point yang saya nak bagi. 


Cuma kalau bagi talk kat student ni bila nampak kita macam sporting sikit mulalah dia start nak mengusik kita pula. Kelakar je tengok reaksi dorang especially student lelaki bila saya kata saya dah kahwin! haha.. Sorry lah dik, akak tak layan yang muda-muda sangat. Nak jadi anak ikan pun tak kuasa! hahaha... (Siot betul aku ni.) ;P



Hopefully adik-adik kat sini sukses dalam pelajaran dan jadi food technologist yang baik. Boleh bantu masyarakat kat luar sana supaya hasilkan dan pilih makanan yang bersih dan selamat. 



Serius betul urusetia kat belakang tu. Hope puas hatilah dengan talk yang saya dah sampaikan. Jangan lupa invite lagi next time. Wakaka..

Actually tempat ni mengimbas kembali kenangan my mom in law masa pernah jadi lecturer kat sini. Tu yang excited nak tangkap gambar sana-sini tunjuk kat dia. huhu..

Ada student POLISAS ke kat sini? Hehe kalau kenal bolehlah ajak ngeteh. haha..

Sempatku ber selfie kat gerbang pintu pagar POLISAS ni.


Goodbye POLISAS... Ada jodoh saya datang lagi ya!



 Misya : Saya budak matriks,


1 comment :

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Wow bestnya Kak Misya dapat bagi talk. Yg part dengar talk masa tengah hari tu memang betul. Biasanya memang semua tunggu bila talk nak habis sebab semua nak pergi makan😂.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...