expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 14, 2018

Teapot Tube | Berjaya juga beli!

Salam. Setelah sekian lama dok tengok orang pi vacation kat Hatyai, Thailand post pasal benda alah ni, akhirnya saya dapat juga beli benda alah ni. haha.. Tapi bukan saya pergi ke Hatyai but kebetulan singgah makan kat sebuah restoran ni, ada jual. So rembat lah 1. Agak mahallah kot RM6.00 banding beli direct dari Hatyai. Tak kisahlah, janji dapat beli. Nak rasa je sedap ke tak susu pekat manis Teapot dalam tiub ni. Benda ni kan rare tak dijual di Malaysia. Packaging dia lain daripada yang lain tu yang wat excited lebih tu. hehe..

Nak guna senang je, picit je untuk letak atas roti ke, biskut ke, air ke or apa-apa yang sesuai untuk menambahkan lagi rasa makanan or minuman.

Syoknya time lapar-lapar di petang hari, buh atas roti then ngap! Haha.. Lazat sungguh. Tapi tak boleh amalkan selalu sebab manis. Sesekali bolehla. Tapi memang convenient la benda alah ni. If you are travelling ke mana-mana memang sesuai dibawa. Dalam tube boleh selit kat dalam beg or poket. If nak bawak dalam tin, susah. But kat Malaysia so far belum nampak dijual lagi. So uol kirimlah kat sape-sape yang pergi ke Hatyai tu.


Husband suka beli Milo 3 in 1 kosong (takde gula) tapi saya kurang gemar. Adanya teapot tiub ni, senanglah nak bancuh Milo kosong ni. Pastu cicah biskut or roti, perghhh marvelous! haha... Jangan terliur sudahlah. :p 


Misya : Tambahkan manis dalam senyuman.

2 comments :

Illya LeYa said... Reply To This Comment

Rami betul dah update pasal teapot tube ni. Hehe.. Leya belum jumpa lagi..

mamapp said... Reply To This Comment

wow bestnya mama tak penah beli lagi. senang nak guna kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...