expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 28, 2018

Ubat Kumur Mu'min, berlogo Halal pertama di pasaran?

Salam. Sejak dah buang braces ni mulalah mencari produk penjagaan mulut yang sesuai. Selain ubat gigi dan berus gigi, jangan lupa kumur mulut dengan ubat kumur mulut. Supaya nafas lebih segar dan kuman-kuman celah gigi dan gusi tu dapat dihapuskan dengan lebih berkesan. Biasanya ubat kumur yang saya gunakan jenama Listerine. Tapi hari tu cari-cari kat Aeon Alamanda, terjumpa ubat kumur  Max Oral Care jenama Mu'min ni. Terus berkenan then beli.

Saya tertarik sebab tak pernah nampak brand Mu'min keluarkan ubat kumur. Biasanya ubat gigi je. Atau saya yang ketinggalan zaman? Wakaka.. Lagipun lebih confident la nak kumur mulut lepas sebab  produk keluaran orang Islam kita sendiri. 

Banyak kebaikan dalam ubat kumur Mu'min ni. Yang penting takde bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan. Lebih terjamin keselamatannya. Disebabkan dia takde bahan pelik-pelik tu, saya rasa selesa gunakan brand ni. Tak pedas sangat macam jenama lain. Sebotol 750ml ni dalam RM15++ if tak silap.


Yang wat saya lagi confident adalah produk ni ada logo Halal JAKIM. Dan berdaftar pula dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Bagus kan? Sebab bukan apa, rasanya belum jumpa lagi ubat kumur yang ada status Halal di pasaran. Ni kira ubat kumur Halal pertama yang saya jumpa. Mungkin ada brand lain tapi saya tak pernah jumpa. Almaklum biasanya saya beli botol besar untuk tahan lama. Tu kadang tak tahu kalau ada produk baru keluar di pasaran. Bukanlah nak kata yang lain tak Halal cuma sebagai Muslim why not support produk Muslim rite? Tu yang excited nak share kot ada juga yang tercari-cari ubat kumur Halal. So mana yang nak try, bolehlah beli kat Aeon or Mydin. Sebab 2 tempat ni je so far saya nampak ada jual. 



Misya : Kurangkan membawang supaya tak jadi mulut longkang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...