expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 31, 2019

Aroi Thai Putrajaya, masih kekal RM1.90/mangkuk..

Salam. Haaa penuh meja dengan bermangkuk-mangkuk makanan! huhu.. Kalau makan kat restoran Aroi Thai ni memang beginilah. Dengan harga RM1.90 semangkuk, boleh pilih macam-macam jenis nasi, lauk dan deserts. Sebelum ni pernah try Aroi Thai di Cyberjaya. Kali ni saya try pula Aroi Thai di Ayer 8, Putrajaya. 

Ahha ini bukan untuk saya sorang yang makan yerr... Saya bertiga dengan 2 orang lagi officmate. Last Friday waktu rehat lunch hour panjang so singgahlah makan di sini.

Baru je buka Aroi Thai di Ayer 8, Putrajaya ni.

Inilah kami.. My superior, Kak Has dan my clerk, Kak Riz. Sesekali spend time makan gini sonok juga. Rasanya sama saja seperti Aroi Thai, Cyberjaya. Portion dan harga berpatutan. Nampak macam sikit tapi makan 2-3 mangkuk je pun dah rasa kenyang. huhu

Warga Putrajaya atau yang berhampiran bolehlah datang sini. Buka setiap hari dari jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam.



Misya : Teringin nak melancong ke Thailand.

Inspire Within Modelling Class by Hayat Bussaina

Salam. Dolu-dolu masa tengah aktif modelling, saya selalu lah join mana-mana modelling or catwalk class untuk mantapkan skill. Antara class yang saya join under butik Hayat Bussaina (now dah rebranding ke nama baru iaitu Lamar Wedding). Owner butik ni Kak Yati, juga seorang model, make-up artist and wedding planner. Mula-mula saya terjun dalam dunia modelling ni, beliau lah orang pertama yang groom saya dan compcard 1st saya adalah hasil kerja team beliau.


Dah lama nak join class Inspire Within by kak Yati ni. Sebab beliau ni antara yang aktif dalam dunia Model Muslimah. Walaupun dah berusia 40an but still maintain macam anak dara ok! Thats why saya terinspirasi and belajar banyak benda dari beliau.

Nama pun modelling class, so of course la ada sesi belajar catwalk. Class ni dibuat kat butik dan spa Kak Yati di Gombak. Walaupun saya jauh dari Putrajaya tapi no reason untuk datang belajar. 

Catwalk depan cermin memang syok! Boleh membina keyakinan diri. Uols yang sejenis darah gemuruh/ stage frightened tu banyak-banyak praktis berjalan/bercakap depan cermin. InsyaAllah membantu mengurangkan rasa takut or nervous tu.

Kelas Kak Yati ni memang tak ambil ramai student setiap sesi. Sebab mudah dia nak fokus mengajar. 

Kali ni saya berempat. Yang paling bagus, anak Kak Yati pun join tau this class dan bukannya free ya. Tetap kena bayar. Why? Itulah displin dan pengorbanan yang perlu dicurahkan if nak berjaya dalam sesuatu bidang. Supaya kita lebih appreciate titik peluh orang lain walaupun mak sendiri yang organize class ni.

Inilah kak Yati.. Cantik kan walaupun anak dah besar-besar. Kak Yati ni kira supermodel la juga dalam dunia model Muslimah. Selain jaga penampilan, beliau juga ajar tentang displin. Sebab model ni bukan sekadar nak glamor je tapi nama baik sendiri kena sentiasa jaga. Jangan luaran je cantik tapi dalaman pun kena cantik juga.

Yang penting lunch provided ya. hehe.. 

Ok selesai belajar catwalk, kami belajar makeup pula. Kira class ni sangat bagus sebab kita belajar from A to Z untuk grooming dan naikkan self confident.

Hasil mekap sendiri. Tak semestinya untuk jadi model. Boleh gunakan untuk bekerja ke, interview ke kan..

Selain catwalk, makeup, kami ada sesi dengan image consultant. Dijemput khas untuk brief kepada kami tentang gaya dan penampilan yang sesuai untuk setiap orang. Seronoklah macam-macam personaliti kita leh belajar. 


Dah belajar catwalk, dah mekap cantik-cantik, seterusnya, sesi photoshoot untuk compcard. Yang best wardrobe pun disediakan. Takyah susah-susah nak fikir pakai baju apa.


Part ni memang saya suka la. Hehe.. 




Dah mekap dan pakai lawa-lawa kenalah posing cecantik. Huhu..


Then posing ramai-ramai dengan peserta lain..

Syukur Alhamdulillah saya dinobatkan sebagai peserta terbaik untuk kelas Inspire Within kali ni. Rezeki! Dapat hadiah produk kesihatan keluaran kak Yati sendiri,

Bersama image consultant dan Kak Yatt. Tq so much to both of you atas segala ilmu yang dicurahkan. Walaupun saya tak aktif sangat dah dalam modelling but at least ilmu yang saya dapat, saya leh gunakan untuk improve keyakinan diri saya setiap hari.



This is us... Jumpa lagi di lain hari.. InsyaAllah..:)


Misya : Lama tak pakai heels, rasa gayat.

Wednesday, January 30, 2019

Resipi Jemput-Jemput Bilis Dari Ibu Mertuaku

Salam. Petang-petang hari sambil lepak-lepak kat rumah di hujung minggu takde watpe, why not kita masak kudap-kudapan simple macam jemput-jemput bilis ni. Ada orang panggil cucur bilis, takpun cekodok bilis tapi saya prefer panggil jemput-jemput. Sebab cucur tu ala-ala macam cucur udang which lebih garing dan ada daun bawang. Cekodok plak saya imagine cekodok pisang which rasanya manis. Jom saya share recipe jemput-jemput bilis ni which inspired from my mom in law. Simple dan mudah serta cepat untuk disediakan. Dats why jemput-jemput bilis ni jadi kegemaran husband saya. :) 





Bahan-bahan

- Tepung Gandum
- Ikan Bilis (Kupas siap-siap)
- Bawang Kecil
- Telur 1 biji
- Air Masak
- Sedikit Garam 


Kaedah Membuatnya

1. Gaulkan kesemua bahan di atas. Kuantiti setiap bahan terpulang nak berapa banyak ikut berapa orang nak makan. But telur fix 1 biji sahaja. Tujuannya sekadar untuk melembutkan tekstur jemput-jemput. Makesure jangan terlalu cair nanti susah nak bentuk-bentukkan dia dalam kuali time menggoreng. Sesetengah orang akan kisar ikan bilis dan bawang bagi lebih halus especially untuk bagi anak-anak yang tak suka ikan bilis dan sayur.

2. Then panaskan minyak dalam kuali. Pastu bolehlah gunakan sudu besar untuk letakkan adunan jemput-jemput tadi one by one untuk digoreng. Saiz, terpulang. Saya suka tak besar dan tak kecil sangat. If besar sangat nanti cepat muak bila makan. huhu

3. Dah kekuningan gini, bolehlah angkat dan toskan atas tisu dapur untuk serap minyak lebihan dari jemput-jemput ni. Siap untuk dinikmati bersama-sama sos cili dan air teh O panas-panas. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Kalau saya, tambahan pencicah saya gunakan mayonis. Perghh marvelous! huhu..


Sebelum ni saya kurang mahir wat jemput-jemput. Selalu saya gunakan tepung segera cucur jenama Adabi tu. Tapi rasa dia kurang sedap plus agak kering dan keras kejung bila sejuk. Sekali balik uma mak mertua, beliau masak benda ni, terus saya minta recipe. Patutlah sedap sebab dia gunakan telur. Selama ni saya tak tahu. Now dah tau, even dah sejuk masih sedap dimakan. Moist dan lembut gitu. Thank you Mama for this recipe! :*



Misya : Nak pikat suami kena belajar masak macam ibunya.


KFC Parmesan Truffle Crunch || Nak makan berkali-kali!!

 Salam. Tengahari gini lapar mula menguasai diri. Haha.. Teringat last week husband ajak makan KFC @Alamanda, Putrajaya. Kebetulan KFC tengah promo flavour baru "KFC Parmesan Truffle Crunch". Saya ni memang pantang bab-bab cheese ni, mesti tak lepas peluang nak try. Sebelum-sebelum ni memang tak pernah miss la rasa apa-apa flavour terbaru KFC. But so far tak pernah memikat hati TAPI kali ini punya flavour, honestly saya nak try lagi!!! Serius sedap sangat-sangat!!!! Uols pun wajib try sebab kalau tak menyesal! hehe.. Especially to cheese lover, uols wajib try okey.. 


Didatangkan juga dalam set dinner/snack plate. Bersekali dengan air mountain dew, coleslow dan mash potato.


Masa mula-mula order, no cheese ditaburkan atas ayam. Just kosong gini tapi ayamnya berbeza tau daripada original/spicy yang biasa kita makan tu. Husband yang nampak cashier kaunter tu amik kat rak berbeza dari ayam-ayam lain. So membuatkan kami lagi lah nak try. Mesti resipi special ni. huhu

Terliur tak? hehe.. 

Then kita sendiri lah taburkan parmesan cheese atas ayam yang masih panas tu. Husband saya order dinner plate set (3 ketul ayam).

Beginilah rupanya. Of course tak sejibik sejiban macam dalam iklan. Hehe. But still nampak menyelerakan! Dan memang confirm sangatlah sedap!! Husband saya berapa kali sebut sedap giler flavour terbaru ni. Dan until now kami teringat-ingat. Kami nak try makan lagi if masih ada promo. Ayam dia macam spicy tu tapi different sedikit dari segi rasa. Maybe rempah ratusnya berlainan. Ada pedas-pedas sikit, lemak-lemak. Tambah plak dengan taburan parmesan cheese, memang seriuslah non-stop kami makan. Haha.. 


Jemput tengok.. hehe. Tapi janganlah amalkan selalu. Boleh naik berat badan ooo! Sesekali enjoy makan KFC apa salahnya.. But seriously bagi saya memang sedap. Rugi sape tak try. 


Hope janganlah cepat sangat habis promo flavour ni. Kami nak datang makan lagi berkali-kali kalau boleh. huhu..


Misya : Keju pengganti susu sebab tak suka minum susu.

3 Januari 2019 || Happy 1st Birthday Dhiya Sherina!

Salam. Pejam celik pejam celik dah setahun usia anak saya, Dhiya Sherina a.k.a BabyE. Birthday dia 3 January hari tu. Tapi mommy nya baru nak create entry. huhu.. 1st birthday babyE, kami celebrate simple je with her mommy and daddy. 

Masih segar dalam ingatan, sehari sebelum bersalin, saya dah mula rasa contraction tapi saya tak tahu pun itu adalah contraction! haha.. Sebab rasa dia macam senggugut gitu. Masih drive pergi office bekerja seperti biasa. Daripada sejam sekali makin lama makin kerap jadi setiap setengah jam tapi tak berapa kuat sangat. Siap malam tu request kat husband nak makan burger Ramlee ayam special. haha.. Bila tanya kengkawan kat wasap group barulah tahu saya sebenarnya dah mula alami contraction!

Jam 3 pagi mommy bangun pi toilet tengok dah ada tanda bleeding sikit then terus kejut daddy Erina ajak pi hospital. Yang lawaknya, disebabkan terlalu mengantuk, my husband siap respon esok pagi tak boleh ke? hahaha.. Teringat pesan nurse masa chekup, if ada tanda je kena terus gi spital. Sebab saya dah la 1st pregnancy, ikhtiar macam-macam untuk dapat baby, so taklehlah tangguh-tangguh gi spital. 4.00 pagi admit, tengahari jam 1.00 pm bukaan dah 4cm, terus kena masuk labour room.

Tunggu lah contraction makin lama makin kuat. Masa ni la saya menggunakan segala ilmu di dada untuk menahan sakit contraction. Nasib bek pi class belajar camne nak kawal pernafasan semua tu. Sampai nurse pun pelik, nape muka saya tak berkerut langsung. Siap tanya banya kali, "tak sakit ke puan?" Dalam hati memang sakit tapi saya taknak sakit tu menguasai diri sampai jadi panik. Anggap sebagai penghapus dosa.:) Dijangka bersalin jam 10.00 malam tapi babyE dengar daddy cakap-cakap dari luar perut suruh keluar cepat, Alhamdulillah jam 8.35 malam, babyE selamat dilahirkan secara normal. Dengan berat 2.83 kg. Fuh lega... hehe..

Syukur Alhamdulillah penantian selama hampir 5 years memberikan kebahagian buat saya dan husband dengan kehadiran cahaya mata pertama kami. Tak sangka dah setahun dah babyE. 


Birthday 1st Erina, kami celebrate simple je. Beli 2 potong kek dari secret recipe, letak lilin then potong. hehe.. Sampai senget-benget kek kejadiannya! haha.. 

Last-last mommy and daddy juga yang kena habiskan kek tu. Erina so far dia macam tak suka sangat benda-benda manis. Sejak 6 bulan memang tak ajar sangat makan makanan manis kat Erina. Kalau bagi pun berkerut-kerut muka dia tanda tak suka. Bagus juga hopefully sampai besar lah dia tak minat benda manis. huhu..


Sebelum tu sempat lah gi makan kat Kenny Rogers. Nak celebrate bufday Erina la katanya. Dapatlah makan sedap ckit ye. huhu.. Walhal mommy and daddy nya yang nak makan!

To Erina, mommy dan daddy doakan semoga Erina membesar dengan sihat, cergas, bijak dan solehah. I know you will become a good girl, a good daughter and a good Muslimah. Mommy and daddy love you so much!


Misya : Teringat jasa dan pengorbanan ibu ayah sendiri melahirkanku.


Sunday, January 20, 2019

Lychee Sundae McD terlalu manis?

Salam. Now dekat McDonalds tengah promo aiskrim sundae dengan topping perisa lychee. Dah pernah rasa ke uols? Saya memang suka try setiap kali McD keluarkan aiskrim flavour baru. Latest  is flavour laici ni. Tengok poster nampak menarik sebab warnanya pink. I love pink! hehe.. SO wajiblah try ye dop?



Actually husband saya yang belikan aiskrim ni. Mula-mula saya tak tahu perisa apa sebab masa try 1st time ingatkan flavour pink guava. Rupa-rupanya laici. Yela tak aspect la laici sebab buah laici kan warna putih. 

Pendapat saya kali ni flavour laici ni agak kurang menyengat berbanding perisa lain. Plus rasanya agak manis compare dengan perisa lain macam orange/banana/durian. 

For me, sekali rasa enough la. Kalau flavour lain biasanya saya nak makan beberapa kali. This one, sekali cukuplah. Maybe saya bukan penggemar buah laici kot. Tapi kalau makan kat restoran selalu je order air laici. Hahaha gedixxx! But for those memang suka dengan laici, perisa ni memang sedap cuma terlalu manis untuk saya. 



Misya : Saya terlalu manis untuk aiskrim ni.:p 


Shopping with ayahbonda, jangan berkira dengan mereka..

Salam. Sesekali saya akan spend weekend time dengan my parent. Yela saya nak bawa mereka vacation ke tempat mewah belum berkemampuan lagi. But at least saya tak lupa jenguk dan habiskan masa dengan mereka. Kadang-kadang saya bawa dorang gi shopping. Seronok tengok my parent happy bila dapat shopping dengan anaknya. Dorang nak beli apa, amik jela. Yela masa kecik-kecik dulu apa saya nak, dorang cuba belikan walaupun dorang sangat susah masa tu. So sekarang saya dah dewasa dan dah ada pekerjaan yang baik, why not saya pula spend time and money for them pula, rite? Entry ni saya create sebagai kenang-kenangan for us in the future. :) 

My mom pun suka bergambar macam anaknya juga. Haha.. Pantang ada camera cepat-cepat dia pun nak masuk. hehe


Happy saya tengok dorang masih bersama-sama menikmati hari persaraan. Almaklum both of them pesara kerajaan. Alhamdulillah mereka sihat walafiat. Dan semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik buat mereka. 

Sesekali anak bagi chance dorang dating berdua. Anak jadi stalker. hehe.. 

Ayah saya ni dari muda lagi kalau masuk mall or mana-mana pasaraya, bukan main laju berjalan kekadang cari barang sampai kitorang tercari-cari. Macam lipas kudung. haha.. 

After shopping biasanya saya bawa dorang gi makan pula. Yela bukan selalu dapat spend time dengan dorang. 


Apa-apa pun sebagai anak, saya tahu jasa ayahbonda takkan terbalas. So tiap kali balik jenguk my parent, memang saya sehabis mungkin taknak dorang keluarkan 1 sen pun untuk saya, suami dan anak. Biarlah kadang saya sendiri pun tengah 'kering' tapi so far Allah sentiasa permudahkan bila niat kita baik. Jangan berkira dengan ibu ayah kita especially bab duit because mereka tak pernah berkira dengan kita bukan dari segi duit, tapi dari segi kasih sayang, tenaga, jasa dan pengorbanan mereka membesarkan kita. Ada masa, luangkanlah dengan mereka selagi mereka masih ada. Love you so much Ibu dan Ayah... :)



Misya : Lebih memahami kasih sayang seorang ibu selepas bergelar ibu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...