expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 30, 2019

3 Januari 2019 || Happy 1st Birthday Dhiya Sherina!

Salam. Pejam celik pejam celik dah setahun usia anak saya, Dhiya Sherina a.k.a BabyE. Birthday dia 3 January hari tu. Tapi mommy nya baru nak create entry. huhu.. 1st birthday babyE, kami celebrate simple je with her mommy and daddy. 

Masih segar dalam ingatan, sehari sebelum bersalin, saya dah mula rasa contraction tapi saya tak tahu pun itu adalah contraction! haha.. Sebab rasa dia macam senggugut gitu. Masih drive pergi office bekerja seperti biasa. Daripada sejam sekali makin lama makin kerap jadi setiap setengah jam tapi tak berapa kuat sangat. Siap malam tu request kat husband nak makan burger Ramlee ayam special. haha.. Bila tanya kengkawan kat wasap group barulah tahu saya sebenarnya dah mula alami contraction!

Jam 3 pagi mommy bangun pi toilet tengok dah ada tanda bleeding sikit then terus kejut daddy Erina ajak pi hospital. Yang lawaknya, disebabkan terlalu mengantuk, my husband siap respon esok pagi tak boleh ke? hahaha.. Teringat pesan nurse masa chekup, if ada tanda je kena terus gi spital. Sebab saya dah la 1st pregnancy, ikhtiar macam-macam untuk dapat baby, so taklehlah tangguh-tangguh gi spital. 4.00 pagi admit, tengahari jam 1.00 pm bukaan dah 4cm, terus kena masuk labour room.

Tunggu lah contraction makin lama makin kuat. Masa ni la saya menggunakan segala ilmu di dada untuk menahan sakit contraction. Nasib bek pi class belajar camne nak kawal pernafasan semua tu. Sampai nurse pun pelik, nape muka saya tak berkerut langsung. Siap tanya banya kali, "tak sakit ke puan?" Dalam hati memang sakit tapi saya taknak sakit tu menguasai diri sampai jadi panik. Anggap sebagai penghapus dosa.:) Dijangka bersalin jam 10.00 malam tapi babyE dengar daddy cakap-cakap dari luar perut suruh keluar cepat, Alhamdulillah jam 8.35 malam, babyE selamat dilahirkan secara normal. Dengan berat 2.83 kg. Fuh lega... hehe..

Syukur Alhamdulillah penantian selama hampir 5 years memberikan kebahagian buat saya dan husband dengan kehadiran cahaya mata pertama kami. Tak sangka dah setahun dah babyE. 


Birthday 1st Erina, kami celebrate simple je. Beli 2 potong kek dari secret recipe, letak lilin then potong. hehe.. Sampai senget-benget kek kejadiannya! haha.. 

Last-last mommy and daddy juga yang kena habiskan kek tu. Erina so far dia macam tak suka sangat benda-benda manis. Sejak 6 bulan memang tak ajar sangat makan makanan manis kat Erina. Kalau bagi pun berkerut-kerut muka dia tanda tak suka. Bagus juga hopefully sampai besar lah dia tak minat benda manis. huhu..


Sebelum tu sempat lah gi makan kat Kenny Rogers. Nak celebrate bufday Erina la katanya. Dapatlah makan sedap ckit ye. huhu.. Walhal mommy and daddy nya yang nak makan!

To Erina, mommy dan daddy doakan semoga Erina membesar dengan sihat, cergas, bijak dan solehah. I know you will become a good girl, a good daughter and a good Muslimah. Mommy and daddy love you so much!


Misya : Teringat jasa dan pengorbanan ibu ayah sendiri melahirkanku.


4 comments :

Shahida Dzulkafli said... Reply To This Comment

Comelnya Dhiya Sherina.. Happy birthday Dhiya Sherina

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Shahida Dzulkafli Tq aunty shahida.. From babyE..:)

ejulz said... Reply To This Comment

comel.. semoga sihat selalu dan menjadi anak solehah.. :)

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Selamat hari lahir, Baby E. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik dan berbakti kepada kedua ibu bapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...