expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 4, 2019

Bumblebee vs Aquaman | Mana lagi best?

Salam. Dah lama tak movie marathon. Ada peluang ambil cuti pastu anta anak ke pengasuh, so layan 2 movie sekaligus with hubby. Sesekali mommy and daddy Erina pun nak me time juga. huhu. Syok time cuti Krismas baru-baru ni banyak movie menarik ditayangkan. So saya and husband pilih nak tonton filem Bumblebee dengan Aquaman. Husband memang peminat tegar Transformers so wajiblah kena tengok Bumblebee. Saya plak memang suka filem-filem superhero ni, so Aquaman jadi pilihan.

Sebelum masuk panggung kasi pose ckit kat backdrop Bumblebee ni. Nak senang, booking terus tiket online kat GSC. Takyah beratur kat kaunter nak beli tiket. Kali ni saya dan husband pilih nak tengok movie kat IOI City Mall, Putrajaya. 1st time tengok wayang kat sini. Sebab bese tengok kat Alamanda. Sesekali tukar citarasa.


Backdrop Aquaman pun ada!


Wefie tu penting. :p

Ok bukti pi tengok wayang. Hehe..




Ok which one yang best? ;) Personally saya nak katakan Aquaman lagi best daripada Bumblebee. Hehe.. Sebab? Bumblebee punya storyline dia agak ringan compare dengan siri Transformers yang lain. Maybe memang target audien dia kanak-kanak so story dia tak heavy sangat. Mengisahkan Bumblebee masa mula-mula datang ke bumi. Dijaga oleh seorang remaja perempuan ala-ala tomboy. Ada lawan-lawan sikit. Cuma kurang adventure. Ini pandangan saya lah sebab saya memang follow Transformers daripada dulu. Bila tengok Bumblebee ni rasa story dia ringan. Biasa-biasa saja. Saya bagi 3 bintang.


Aquaman? Seriously uols patut pi tengok! haha.. Sebab daripada awal cerita dia penuh dengan debaran, emosi, aksi dan sebagainya. Sampai rasa tak bernafas pun ada! Dahla 80% story dia dalam air laut. Memang mantap lah dia punya sinematografi. Husband saya pun saya kagum dan rasa terpukau bila tengok betapa indahnya hidupan di dasar lautan. Heronya Jason Momoa memang style la dan sesuai bawa watak Aquaman ni. Adaptasi dari cerita bersiri lama iaitu Man of Atlantis. Antara filem superhero yang lain daripada yang lain. Saya bagi 4 setengah bintang.



Misya : Avengers tetap di hati.

1 comment :

Mia Liana said... Reply To This Comment

aquaman dah tengok dengan sofea... bumblebee je yang belum... huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...