expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 30, 2019

KFC Parmesan Truffle Crunch || Nak makan berkali-kali!!

 Salam. Tengahari gini lapar mula menguasai diri. Haha.. Teringat last week husband ajak makan KFC @Alamanda, Putrajaya. Kebetulan KFC tengah promo flavour baru "KFC Parmesan Truffle Crunch". Saya ni memang pantang bab-bab cheese ni, mesti tak lepas peluang nak try. Sebelum-sebelum ni memang tak pernah miss la rasa apa-apa flavour terbaru KFC. But so far tak pernah memikat hati TAPI kali ini punya flavour, honestly saya nak try lagi!!! Serius sedap sangat-sangat!!!! Uols pun wajib try sebab kalau tak menyesal! hehe.. Especially to cheese lover, uols wajib try okey.. 


Didatangkan juga dalam set dinner/snack plate. Bersekali dengan air mountain dew, coleslow dan mash potato.


Masa mula-mula order, no cheese ditaburkan atas ayam. Just kosong gini tapi ayamnya berbeza tau daripada original/spicy yang biasa kita makan tu. Husband yang nampak cashier kaunter tu amik kat rak berbeza dari ayam-ayam lain. So membuatkan kami lagi lah nak try. Mesti resipi special ni. huhu

Terliur tak? hehe.. 

Then kita sendiri lah taburkan parmesan cheese atas ayam yang masih panas tu. Husband saya order dinner plate set (3 ketul ayam).

Beginilah rupanya. Of course tak sejibik sejiban macam dalam iklan. Hehe. But still nampak menyelerakan! Dan memang confirm sangatlah sedap!! Husband saya berapa kali sebut sedap giler flavour terbaru ni. Dan until now kami teringat-ingat. Kami nak try makan lagi if masih ada promo. Ayam dia macam spicy tu tapi different sedikit dari segi rasa. Maybe rempah ratusnya berlainan. Ada pedas-pedas sikit, lemak-lemak. Tambah plak dengan taburan parmesan cheese, memang seriuslah non-stop kami makan. Haha.. 


Jemput tengok.. hehe. Tapi janganlah amalkan selalu. Boleh naik berat badan ooo! Sesekali enjoy makan KFC apa salahnya.. But seriously bagi saya memang sedap. Rugi sape tak try. 


Hope janganlah cepat sangat habis promo flavour ni. Kami nak datang makan lagi berkali-kali kalau boleh. huhu..


Misya : Keju pengganti susu sebab tak suka minum susu.

6 comments :

Shahida Dzulkafli said... Reply To This Comment

Tak cuba lagi promo yang ini..

Cik Tie said... Reply To This Comment

Dah cuba dah..

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Memang sedap menu KFC yg baru ni. Saya dah dua kali beli­čśé

Siti Yang Menaip said... Reply To This Comment

tak cuba lagi. diet fast food kononnya tapi tingin x terkata da ni..
rindu yang salted egg tu..

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Jannah Ramli hehe sama lah kita!

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Siti Yang Menaip sis kena cuba yang ni juga! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...