expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 11, 2019

Natrabu Minang Restaurant tak berapa nak 'Minang'?

Salam. Untuk para penggemar masakan Minang/Padang, uols try la makan di Natrabu Xpress, Nadi 15 (Presint Diplomatik), Putrajaya. Saya rasa kat Putrajaya ni, restoran Natrabu ni restoran masakan Minang yang pertama dibuka if tak silap. Saya yang memang berdarah keturunan Minang ni memang excited bila ternampak restoran ni mula-mula dibuka. 3 kali kot saya gi baru dapat makan kat sini. 1st time datang lunch hour hari Jumaat, restoran tutup sebab solat Jumaat. 2nd time datang parking takdak! huhu.. 3rd time datang dengan officemate Kak Riz barulah dapat makan kat sini. 

Seperti biasa kalau datang restoran Minang mestilah makan nasi Padang.

Style sini kena order melalui menu yang disediakan. So kita just pilih jela lauk mana kita nak. Kalau kat Indonesia, kita datang-datang je terus dihidangkan macam-macam jenis lauk atas meja. Yang taknak makan kalau tak diasingkan kena bayor! hehe

Ini memang favourite utama saya! Jus alpukat a.k.a avocado. Saya jatuh cinta dengan alpukat ni masa mula-mula try minum kat Bandung, Indonesia. Sekali rasa terus wow! Fresh lemak berkrim disukai ramai! hehe

Inilah hidangan kami.. Nampak sangat menyelerakan?



Lauk utama kalau datang restoran Minang mesti kena ada rendang daging Minang ni. Cuma kali ni saya rasa  rendang ni macam tak berapa nak 'Minang' sangat. Sampai Kak Riz kata rasa dia macam rendang tok. So saya agak sedikit frust sebab memang tak 100% rasa rendang Minang. Hope tukang masak dapat improve masakannya. Saya orang Minang which saya boleh rasa makanan orang Minang tu camne. 


Tempe dan terung balado sebagai lauk tambahan.

Additional, kuah gulai (which orang Minang panggil Kalio). 

Ahha jangan dilupakan sambal hijau ni! Hanya restoran Indonesia sahaja yang ada sambal gini. Marvelous!


Restoran ni baru je dibuka. So maybe dalam penambahbaikan lagi. Especially dari segi pengetahuan pekerja tentang masakan Minang ni. Saya tanya lauk 'Kalio' pun tak pernah dengar. Yang paling worse bila keropok pahit 'Belinjo' tu takde! Digantikan dengan keropok udang. Allahuakbar.. Come on, keropok belinjo ni wajib ada ok if makan masakan Padang. So tak berapa Minang sangatlah restoran ni. huhu.. Maybe sebab nak ikut tekak rakyat Malaysia agaknya kot.. Atau dimodenkan sedikit supaya ngam dengan tempat/kawasan ni. Erm..


Suasana restoran selesa dan bersih. Bolehlah datang ramai-ramai makan kat sini.

Natrabu ni actually antara restoran masakan Padang yang dah lama beroperasi. Ada banyak cawangan di Malaysia. 

This is us.. Dari segi layanan pekerja ok sangat cepat. 

Overall puas hati la makan kat sini cuma feel keminangan tu agak kurang sedikit. Makanan sedap. Plus jus alpukat tu memang terbaik!



Misya : Poghut den alah litak..


4 comments :

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Saya tak pernah lagi cuba makanan Minang tapi bila tengok gambar kat atas macam sedap je.

mamapp said... Reply To This Comment

makanan dia nampak sedap la esp Jus alpukat a.k.a avocad tu

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Jannah Ramli you should try jannah..:)

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@mamapp mmg sedap.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...