expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, January 20, 2019

Seriusnya Erina Belajar Membaca!

Salam. Sejak dari usia 3 bulan lagi saya dan husband dah dedahkan babyE dengan aktiviti membaca. Masa awal usia babyE saya gunakan flash card. Hopefully dapat membantu perkembangan otak babyE dan belajar membaca dengan cepat. Bila dah besar ckit ni selalulah daddy nya luangkan masa membaca buku dengan babyE. Tapi yela dah nama pun baby, mula-mula je dia fokus, lepas tu banyak main je. haha.. Kelakar pun ada bila tengok gelagat babyE membaca dengan daddynya. 

Mula-mula daddy dia open book depan dia, terus dia fokus tengok book. Cewah! Gaya macam tahu je nak baca buku tu. Style duduk like a boss!

Serius ok! haha.. Gaya macam kena study hard untuk lulus exam. hihi.. Daddy nya siap wat lawak kata nanti SPM Erina kena skor straight As so dats why kena belajar membaca. haha... Geram nengok dia wat muka stress gitu. Grrr...

Lama-lama dia bosan, boleh plak dia gelak-gelakkan daddy dia tengah membaca. Pastu mulut bising sibuk nak borak-borak ngan mommy pula.


Tengoklah tu, tak fokus dah dia. Daddy masih teruskan pembacaan. 


Last-last dia cium nya buku tu! hahaha... Pelik agaknya apa lah permainan yang daddy dia main dengan dia tu. Mommy ketawa je tengok gelagat Erina. Hai la anak.. 

Beginilah kami spend time dengan babyE kat rumah. Bukan nak paksa sangat supaya babyE cepat membaca but at least ada pendedahan sejak dari awal. Plus nak bagi quality time untuk anak. Moga Allah permudahkan urusan pembelajaran babyE dan jadi anak yang bijak dalam pelajaran. Mana tau dah besar kot Erina leh join rancangan Clever Girl? hahaha...


Misya : Membaca jambatan ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...