expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, February 8, 2019

BabyE suka dengar ayat Quran, bakal Hafizah?

Salam. Since baby Erina dah pandai mendengar, benda pertama paling dia suka adalah mendengar alunan ayat Al-Quran atau laungan azan. Especially kat TV atau sape-sape yang mengalunkannya. Mula-mula tak perasan, tapi lama-lama baru tahu babyE memang suka dengar orang mengaji atau berzikir. Takpun azan berkumandang kat TV, dia terus diam tengok TV mendengar dengan fokus. Sebab sebelum-sebelum ni saya pernahlah jumpa baby / kanak-kanak ada yang dengar azan je terus lari takut sampai terjerit-jerit or menangis pun ada. huhu.. Alhamdulillah babyE tak begitu. :) 

Pantang saya buka channel TV yang ada rancangan mengaji terus dia excited nak tengok.

Tengoklah punya concentrate dia dengar suara orang mengaji kat TV


Lama juga dia fokus tengok TV. Kalau rancangan lain, dia wat tak tahu je. Ke sebab Ustaz kat TV tu handsome? Wakakaka..

Memang suka benar dia dapat dengar orang mengaji, Sejuk hati mommy bila anak suka dengar alunan ayat Al Quran.. Moga babyE istiqamah lah sehingga dewasa. Maybe dari dalam perut lagi saya suka perdengarkan dia dengan zikir dan lagu-lagu nasyid. So terbawa-bawa hingga babyE dah lahir.

Moga dah besar nanti babyE pandai mengaji. Mana tahu jadi penghafaz Al Quran ke kan? Sejuk perut mommy if dapat melahirkan seorang Hafizah. Tak kisahlah janji babyE jadi Muslimah yang baik. Amin..:)



Misya : Cuba istiqamah baca tafsir Quran.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...