expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, February 8, 2019

Birthday cake from Pn.Tosiah for everyone @office..

Salam. Mungkin agak lewat saya nak pos tentang entry ni tapi tak ngapela daripada tak pos langsung. huhu. Just nak appreciate kebaikan hati Timbalan Pengarah di office saya iaitu Puan Tosiah atau mesra dipanggil Pn. Tos. Sebabnya, untuk tahun 2018, beliau menghadiahkan setiap staff di office saya dengan birthday cake hasil air tangannya sendiri. Dari Pegawai atasan sampailah staf sokongan, Puan Tos tak terlepas bagi kek birthday. Baik hati sungguh kan beliau? 

Saya sendiri pun dapat kek birthday masa birthday saya on September. Nyum nyum!

Tq so much Pn. Tos this cute cheese cake!


Mula-mula Pn. Tos masuk office saya (which sebelum ni beliau bertugas di Makmal Kesihatan Awam), saya ingatkan dia ni garang orangnya. Suara pun bila bercakap agak kuat dan lantang. Hehehe.. But rupanya beliau sangat penyayang. Yes, dia tegas sebagai seorang bos tapi tak garang seperti disangkakan.

Moga rezeki Pn. Tos bertambah-tambah lepas ni. Walaupun busy dengan tugas sebagai Timbalan Pengarah tak menghalang beliau menggunakan kudrat sendiri menyiapkan kek untuk setiap orang di office ni. Salute!

Yang penting always be happy and be kind! Thats why she looks younger than her age. #inspired

Rezeki saya pun dapat kek birthday from her. Really appreciate it!


Saya memang pantang ada cheese-cheese ni. So kecil tapak tangan, stadium bukit jalil ku tadahkan! 


Yang nak order cakes or brownies or pavlova boleh je contact Pn. Tos ni especially yang dok area Putrajaya. Boleh add facebook beliau Bunga Sakura Pink.



Misya : Bukti wanita makin berusia makin cantik.


1 comment :

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Bestnya ada bos yang ingat birthday pekerja lain macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...