Ice Blended Chocolate Gloria Jean's setanding Starbucks?

Salam. Selain cheese, saya juga peminat tegar ice blended chocolate. Especially yang ada cream plus caramel sauce, perghhh memang tangkap leleh! haha.. Hari tu kebetulan jenjalan, tekak plak haus ternampak kiosk Gloria Jean's Coffees terus singgah. Biasa memang kalau singgah kiosk-kiosk gini, benda pertama saya tengok dalam menu list ada ice blended chocolate tak. Saya tengok kiosk Gloria Jean's ni ada. Oklah saya try beli 1 share with husband. Sebab takut tak habis minum if portion dia banyak sangat.

Ok rupanya sangat memikat kalbu. Tengah panas-panas dapat minuman gini, perghh memang marvelous! Sekali sedut, kejap je habis.

Dan saya puji dengan ice blended from Gloria Jean's ni sebab sedap. Because selain McD atau Starbucks, saya tak jumpa lagi yang sedap. So ini tempat ketiga saya jumpa ice blended chocolate yang sedap. Banyak tempat saya jumpa rasa agak kureng. But this one tidak mengecewakan. Ala-ala setanding jugalah dengan Starbucks.

Yang penting ada whipped cream dan caramel sauce. Special nya lagi yang ni ada taburan chocolate chips on top of it. Boleh beli lagilah after this. 

Selain ice blended, Gloria Jean's ni ada 1 benda lagi yang super sedap iaitu Chicken Pie. Husband saya pernah belikan, serius sangat sedap. Tak caya, boleh baca entry INI. Pekena dengan hot chocolate, memang mantop! haha..


Misya : Bukan acah hipster.

Comments

  1. Saya pun peminat cheese juga. Tapi kalau air manis seperti ice blended tu, saya kurang minat sangat.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try yg choc ni, pernah minum caramel latte je. Sedap hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts