Inovasi Milky Chocolate by Fiza HomeBakery

Salam. Tetiba rasa nak review 1 produk makanan best yang saya beli secara online melalui group wasap blok rumah saya. Mula-mula tengok seller open order terus terliur nak makan Milky Chocolate ni. Almaklum saya memang penggemar coklat. Trylah order 1 . Sebalang RM18 if tak silap. Yang best COD sampai ke depan pintu rumah. Huhu..

Ginilah rupa Milky Chocolate nya. Saya memang suka benda-benda gini. Bercoklat then ada hazelnut/almond nut.


Rasa sekali nak lagi! Ketagih ok makan benda alah ni. Taste dia? Sedap dan tak cepat muak sebab dia nipis gitu. Ala-ala makan biskut Almond London tapi dalam versi berbeza. Untuk kudap-kudapan sambil tengok TV atau wat kerja depan PC, memang sesuai.


Saya tengok kepingan milky coklat ni je pun dah wat saya nak makan je. haha.. Pelik tak? Geram nengok kepingan coklat nipis-nipis gini. Lagi 1 rasa dia tak berapa manis sangat. Bagus la gitu.


Selain perisa coklat biasa, ada juga dark chocolate tapi saya tak order bcos tak minat dark coklat sebab pahit. hehe..

If nak order bolehlah contact Fiza Home Bakery atau follow IG dorang ni. Kot uols nak wat doorgift/souvenir untuk pape majlis ke sesuai lah dengan balang comel gini.


Saya rasa pembuatnya sangat kreatiflah keluarkan idea produk camni. Bosan asyik makan tipikal coklat bar je kan. Kena support usahawan berinovasi tinggi begini. Kipidap! Cuma disebabkan produk ni homemade tu yang harga dia agak mahal sedikit. But berbaloi dengan kualiti dan kesedapan Milky Chocolate ni. :)



Misya : Tak mudah cair dengan kata-kata manis.


Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts