expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, February 17, 2019

Mee Goreng Guna Perencah Adabi

Salam. Dapat makan mee goreng panas-panas waktu sarapan or minum petang syok jugak kan? Teringin pulak nak makan mee goreng tapi perencah plak habis. So singgah pasaraya terjumpa Perencah Mee Goreng Adabi ni. Keluaran baru katanya. Biasa yang ada perencah untuk bihun goreng atau nasi goreng je. So try la beli. Kalau sedap bolehlah beli lagi.


Di belakang paket perencah ni dah ada instruction untuk memasak mee goreng. Memang senang. Follow je..



Campak-campak je siap! huhu.. .Tumis bawang besar & bawang putih, masukkan cili giling 1-2 sudu dan perencah mee Adabi ni, then dah naik minyak masukkan ayam/fish ball/fish cake. Dah agak-agak dah masak tu masukkan mee kuning (makesure basuh dulu mee). Last sekali baru masukkan sayur sawi/tomato/kobis (kalau masuk awal cepat layu & lembik). Tabur garam secukup rasa.

Ginilah rupanya mee goreng menggunakan perencah Adabi.


Rasanya? Sedap! hehehe.. Selalunya saya gunakan perencah bihun goreng sebab takde lagi perencah mee goreng ni. Now dah ada perencah khas untuk mee ni baguslah,

Bertambah-tambah husband saya makan. Walhal dia tak suka sangat mee goreng. Saya try juga gunakan perencah ni untuk kuetiow. Sedap juga. Letak udang lagi mantop! Baguslah Adabi keluarkan perencah gini. Cepat dan memudahkan kerja.


Misya : Tunggu perencah kuetiow goreng pula.

1 comment :

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Tak pernah beli lagi perencah ni sebab tak suka makan mee😅

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...