expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, February 14, 2019

Reaksi kelakar babyE makan lemon 1st time

Salam. Ada 1 hari tu saya ternampak 1 video kat facebook tentang koleksi reaksi wajah beberapa bayi dan kanak-kanak apabila diberi makan buah lemon. Serius kelakar gila tengok wajah dorang bila merasa kemasaman lemon buat pertama kalinya dalam hidup dorang. Ada yang sampai menangis, melompat dan ada yang mencebik bukan main bila makan lemon. Hahah sampai sekarang teringat. Kebetulan hari tu saya beli lemon nak wat air, saja je la bagi baby Erina try. Hulur je secebis lemon terus amik tanpa ragu! haha.. Sekali masuk mulut, kemasaman lemon tu terkena je lidah babyE terus keluar macam-macam reaksi muka! Kahkahkah... (Teruk betul mommynya gelakkan anak!) BUT memang kelakar!

Errrrr makanan apa ni mommy?? Pelik je rasanya! hahahaha


Grrrrrrr masammmmm...... Sampai terpejam-pejam mata menahan kemasaman lemon.

Tapi macam seronok pulak! hahahaha

Try lagi...

Yang lagi kelakar dah tahu benda tu masam, lagi dia cuba juga nak makan. Sampai kembang kuncup lobang hidung! hakhakhak

Macam sedap plak buah ni. huhu..


But lama-lama dia jadi macam imun, relaks je dia gigit-gigit lemon tu. Kira berjaya menguasai rasa masam lemon la tu.

Aduhai la anak.. Memang menghiburkan sungguh!



Misya : Baby comel je, kalau orang dewasa hodoh sungguh!  






1 comment :

Cek Ungu said... Reply To This Comment

adoilaaa..cutenyeeee dia tahan masam..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...