expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, February 17, 2019

Resepi Jagung Cheese Leleh

Salam. Di hujung-hujung minggu ni kalau takde wat pape, jom try wat desert special berasaskan jagung dan keju. Ermmmm saya ni kalau dengar tentang keju / cheese je memang favourite lah! Saja try search resepi Jagung Cheese Leleh kat facebook. Sebab hari tu scroll fb terlalu pulak video resepi ni. Nak try nak try tapi tak try-try pun. Haha.. Kali ni bagi jadi, try juga! Sebab dah beli jagung takut simpan lama-lama rosak pula. 


BAHAN-BAHAN

4-5 batang Jagung (Dipotong pendek-pendek dan rebus berasingan)
4-5 sudu Susu Pekat Manis
2 cawan Susu Cair/Susu Segar
3 sudu Butter
2-3 slice Cheddar Cheese (Blok/keping)
Air (ikut suka)
Sedikit Garam


KAEDAH MEMASAK

Campurkan semua bahan-bahan kecuali jagung. Jagung saya rebus berasingan sebab taknak dia jadi lembik bila masak sekali dengan kuah.

Kacau bahan kuah sehingga sebati, Pandai-pandai bajet rasa lemak, manis dan masin kuah ni. Adjust kuantiti susu pekat manis, garam dan butter.

Kacau dan terus kacau sampai mendidih. Saya suka kuah banyak so saya letak air lebih sikit, Kalau tak, no need to put more water if uols tak suka berkuah sangat.


Agak-agak dah pekat sedikit dan berbuih mendidih tu boleh tutup api dapur. Siap dihidangkan untuk kudap-kudapan.

Puaslah makan jagung dengan adanya kuah cheese leleh ni. Nakpekat lagi, cheese boleh tambah lagi.



Misya : Mudah tangkap leleh dengan cheese leleh.

3 comments :

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Sedapnya. Saya pun peminat cheese juga.

mamapp said... Reply To This Comment

mama pula yg meleleh air liur haha

Shuhaida Saad said... Reply To This Comment

terliur....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...