Baby Erina merenungi luar jendela..

Salam. Sejak ada anak ni apa sahaja benda baru yang anak buat membuatkan kita teruja. huhu.. Salah 1 aktiviti terbaru baby E adalah lepak kat tepi tingkap sambil menikmati pemandangan. Kadang bukan siang je, malam pun sama. Lama duk tengok luar tu. Rumah saya ni mengadap parking basement dan kawasan bukit plus ada taman permainan baru siap dibina. Dia suka la tengok kereta keluar masuk from basement tu dari tingkat 9.

Belum pandai berjalan lagi time ni. Baru nak start bertatih. Ada pagar tu so senang lah dia pegang sambil tengok ke luar tingkap. Kalau balkoni, risau juga saya if nak lepaskan dia gitu je.

Kadang-kadang #siscuba ya nak panjat! haha.. But so far belum berani la nak panjat-panjat ni. Tak tahu lah akan datang camne. Plus dia baby girl mungkin tahap kesopanan dia masih tinggi. hahaha

Bagus juga ada pemandangan bukit hijau kat belakang rumah ni. Sejuk mata dia memandang. Merenungi ke luar jendela giteww.. Berbanding mengadap bangunan lain atau takde view langsung. Ada lah juga view menarik untuk babyE nikmati...



Misya : Suka view laut / tanah tinggi.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts