BabyE dapat warning letter dari bank??

Salam. Di suatu hari, terkejut saya bila Daddy Erina wasap bagitahu babyE dapat surat daripada bank! Haha.. Terkejut, suspen tapi kelakar pun ada. Kecik-kecik dah dapat surat daripada bank. Surat warning plak tu! hihihih..

Dasyat kan budak-budak sekarang kecik-kecik dah dapat surat bank. Hahaha actually surat ni just reminder je supaya aktifkan akaun simpanan babyE. Sebab dah lama takde aktiviti transaksi akaun bank babyE. So bank bagi reminder la supaya akaun babyE tu tak dinyahaktifkan. Yela, mommy nya pun busy sangat sampai terlupa nak masukkan duit dalam akaun babyE. Since habis pantang last year, saya terus bukakan akaun bank untuk babyE selain akaun Tabung Haji. Senang nak simpan duit yang babyE dapat hasil hadiah, duit raya dan sedekah orang yang dia dapat. Alhamdulillah rezeki babyE..

Dalam wasap saya and husband pun membahan ler babyE.. Geli hati sungguh. Yela, seorang bayi kecil yang tak tahu pape tetiba dapat surat warning dari bank, tak kelakar ke? huhu.. Entah bila masa dia gi berurusan dengan bank agaknya. Hahaha.. Macam-macam hal anakku sorang ni.



Misya : Lega bila ada loan dah settle bayar.

Comments

  1. Okaylah pihak bank maklumkan.. KAlau akaun dulu-dulu, burn macam tu je.. tak ada warning latter macam nie..

    ReplyDelete
  2. kenapa tak buka asb je utk babyE? :)

    ReplyDelete
  3. Salam Misya,

    Rajin pihak bank hantar surat suruh activate account.. Kepada baby pula kannn, hehehe..

    ReplyDelete
  4. haha lawak pula baca.. kesian baby e

    ReplyDelete
  5. Uiikk.. Boleh dpt notis juga ekk..
    Mcm kita alhamdulillah la, mana yang terkumpul terus masukkan ke acc Asb anak2. Malas nak tunggu2. Takut terguna secara tak sengaja pula..

    ReplyDelete
  6. @ejulz Oh babyE dah ada akaun ADAM. So topup akaun tu je nnt. :)

    ReplyDelete
  7. ingat dapat surat hutang dah tadi. kecik2 dah ada hutang. nasib baik la kan. hehe

    ReplyDelete
  8. Hehe kecik2 dah dapat surat bank. Kinah bukak akaun ASB je untuk anak hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts