Cadar terakhir selepas 5 tahun perkahwinan...

Salam. Seminggu dua ni agak kelam-kabut sedikit. BabyE tak berapa sihat. Demam sampai muntah-muntah. Akibatnya habis cadar katil kena tukar beberapa kali sampai dah takde cadar nak pakai. huhu.. Last-last selongkar dalam almari nasib baiklah terjumpa set cadar hadiah wedding saya dan husband 5 years ago. Dihadiahkan oleh my cousin, Adzan and his wife Amyra (my U-mate). Sungguh menggamit memori gitu...

Nasib baiklah ada cadar terakhir ni untuk digunakan gara-gara kehabisan cadar dimuntahkan oleh babyE. hehe.. Sweet wishes from Adzan, Amyra and their daughter Adyratna. Dorang ni dok Penang sana. Jarang jumpa but we are always support each other. Tak sangka after 5 years, berguna juga cadar ni. Saya memang simpan elok-elok semua hadiah wedding yang masih belum pakai. Rezeki saya akhirnya dapat guna cadar cute ni. Okla takdela membazir kena beli cadar baru. 

Thank you so much guys for this bed sheet. Sweet sangat warnanya. Brand Akemi memang berkualiti. Tahan kot walaunpun dah simpan 5 tahun. Takde bertahi lalat/ bau hapak/ kain reput/ warna pudar. Maybe sebab saya simpan dalam keadaan proper. Really love it! Walaupun after beberapa hari gunapakai, akhirnya dimuntahkan juga oleh babyE! hahaha.. But now Alhamdulillah babyE dah semakin pulih dari demam.


Misya : 1st time kena muntah atas badan sendiri. 

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts