Resipi Puree Carrot for Baby

Salam. Dah lama sebenarnya nak share tentang baby food homemade yang saya wat untuk baby Erina. Start je usia 7 bulan, saya dah mula bagi Erina makan makanan berasaskan puri. Almaklum baby tak pandai mengunyah lagi plus belum ada gigi. So saya start dengan puri nasi atau sayur-sayuran. Puri carrot ni antara yang selalu saya prepare. Either untuk bawak ke rumah pengasuh or jenjalan ke mana-mana. Cuma carrot ni tak boleh diberi banyak sangat. Nanti baby bertukar jadi warna oren or merah. haha.. Just amik sedikit sebagai penambah perisa dalam nasi atau kentang. Sebab carrot kan rasa dia little bit sweet gitu kan..

Untuk baby food mesti kena steamkan dulu. Saya beli steamer ni dari Wow Shop. Memang sangat berguna. 

Potong kecil-kecil like this bcos carrot ni keras. Cepat sikit masak. huhu

Biasanya saya steam kan carrot ni around 20-30 minutes. Try cucuk dengan garfu if dah lembik tu bolehlah off kan steamer. Tapi steamer auto ni memang cukup time dia off sendiri.

Next masuk dalam blender (kalau boleh blender yang memang untuk kisar sayur/fruits) dan kisar sampai halus. Letak air sedikit sebelum kisar ya.


Then masukkan dalam bekas-bekas kecil gini. Saya beli kat Shopee. Bekas ni boleh masuk microwave. So senang bila baby nak makan je boleh hangatkan terus. Makesure frozen kan makanan baby if taknak makan terus. Paling lama boleh tahan 3-6 bulan.

Easy way to prepare baby food kan? Nanti saya share pula resipi puri-puri yang lain. Kot boleh membantu bagi idea kat para ibu untuk prepare makanan untuk baby uols.



Misya : Tak minat bubur.



Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts