expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 23, 2019

Goodbye Puan Sharizat Ahmad...

Salam. Erm tak sangka bos saya Puan Sharizat merangkap Timbalan Pengarah Cawangan akan bertukar keluar dari HQ ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor. Rasa macam kejap je bekerja under Puan Sherry (nama glamor di kalangan kami). Rasanya baru 2 tahun camtu sebab sebelum ni beliau memang dari JKN Kuala Lumpur. Sebagai menghargai jasa beliau, kami pun watlah simple farewell untuk beliau. Moga menjadi kenang-kenangan buat Puan Sherry dan Selamat Menjalankan Tugas di Tempat Baru,


Inilah Puan Sherry.. Beliau ni orang yang sangat sporting especially part bergambar atau apa saja yang bukan berkaitan bidang kerja. Still look young kan walaupun dah bergelar Timbalan Pengarah (age around 50an)

Macam biasalah di office kalau event simple gini, potluck lah kaedahnya. Huhu

Seksyen kami with Puan Sherry.. En. Hermy, me, Puan Sherry, Kak Riz & Nida.

Kami siap collect duit untuk belikan hadiah bunga orkid ni. Puan Sherry memang pencinta orkid. So sesuai sangat lah hadiah ni untuk beliau hias office baru nanti.

Farewell tapi nape macam happy je? Hehehe

Walaupun tukar office, kami biasanya tetap selalu jumpa dalam any meetings or events. Food Technologist ni pusing-pusing pun orang sama juga dalam Malaysia ni. Haha..

Simple, cute and sweet cake for Puan Sherry...

Antara yang wat orang admire dengan Puan Sherry ni adalah beliau sangat mementingkan imej dan personaliti. Sampai beliau minta saya wat sesi khas untuk ajar semua staff tentang imej (sebab saya model katanya) huhu..

Orang kata kerja dengan bos perempuan ni fussy & perfectionist. But so far Puan Sherry ni bukan jenis begitu. Sejenis yang mendengar pendapat orang bawahan juga. Cuma yela, dia jaga Cawangan kami ni masih baru dan masih banyak penambahbaikan yang beliau tak sempat laksanakan.


Happy time!


Siapakah bos baru kami? Belum tahu lagi.. Masih menjadi tanda tanya. Hopefully dapat bos yang baik macam Puan Sherry juga. Dan boleh guide kami supaya terus maju dalam career.


To Puan Sharizat Hj Ahmad (selalu orang tersasul panggil Puan Sharizat 'Jalil' -ex Menteri), all the best di tempat baru. Moga Puan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Goodbye and Take Care! :) 



Misya : Jangan jadi macam 'bossku'.

3 comments :

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Best lah kalau ada bos yang macam ni. Tak ada lah serius je 24 jam😅.

Qomar Alhan said... Reply To This Comment

Bagi saya dapat boss perempuan is more best and more rasa terjaga. Sebab kadang dapat boss laki ade yg gatal. Takut.

Jemput blogwalking ke blog saya :)

Maria Firdz said... Reply To This Comment

begitulah adat pertemuan, pasti ada perpisahan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...