BabyE excited gi playground, mommy yang risau lebih-lebih..

Salam. Since lahir tak pernah lagi bawak babyE ke playground. Yela lagipun takde playground yang dekat ngan uma (ceh alasan!) haha.. Tapi memang kebetulan ada playground baru je siap dibina 2 bulan lepas kat belakang rumah, so amik peluanglah bawak babyE jenjalan & main-main kat sini. Lagipun babyE dah semakin kuat - boleh berdiri dan berjalan sikit-sikit. Playground ni masih baru, tak ramai orang sangat, nicela bawak babyE ke sini.

Saja nak bagi dia rasa naik gelongsor. Risau mommy takut babyE jatuh sampai pakaikan cover lutut. huhu almaklum 1st time bawak babyE ke playground. Biasalah kerisauan mak-mak kan.. Kot jatuh luka, cedera, macam-macamla difikirkan. 

Ajar babyE naik buaian. Maybe sebab tak biasa, babyE meragam duk atas buai tu. So kejap jela main buaian.

Cuma seronoklah babyE dapat lihat dunia luar. Baru start nak dapat kaki time ni, excited lah dia nak explore playground ni. Tapi sebab masih bertatih tu yang risau babyE jatuh. Over mommy ni kan? hahaha.. At least dapatlah hirup fresh air sekali sekala. Moga membesar dengan kuat dan sihat ya nak..


Misya : Mommy babyE yang excited nak naik buaian. :p






Comments

  1. Seronoknya dia dapat bersiar-siar di taman..

    ReplyDelete
  2. Hirup udara luar sangat baik untuk budak tapi sayang tempat Fiza pun susah nak bawak budak ke taman permainan. Jauh...

    ReplyDelete
  3. insya allah baby E boleh.. seronok dia

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
    Jom follow blog nya https://www.iyaseo.id/ dan
    .Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    .Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    .Komen yang baik2 sahaja ye..
    .Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
    Terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  5. Biasalah seorang ibu mesti risau tentang anak dia. Cuma kadang-kadang tu berlebihan pula risaunya😅.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts