expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 27, 2019

Feeling Awan Dania Bersama Cathay Pacific

Salam. Hmmm dah lama tak pi bercuti jauh-jauh. Biasanya kalau bercuti saya akan pilih destinasi yang ada suasana tak seperti di Malaysia. At least a year before saya dah booking flight untuk ke mana-mana negara pi bercuti. Sesekali nak juga feeling-feeling macam dalam drama Awan Dania during naik kapal terbang. Hehe..


If naik kapal terbang, macam-macam jenis airlines boleh pilih. Why not uol try naik flight Cathay Pacific? Famous kan flight ni? Tapi jarang dengar orang kita naik flight ni. So saya share la sedikit sebanyak about this airline. Sebab banyak benda menarik yang orang tak tahu tentang airline Cathay Pacific. Cathay Pacific ni rupa-rupanya airlines dari Hong Kong dan pernah menang award pada tahun 2016 sebagai flight paling bersih dan Best World First Class! Wah kalau tahu last time pergi HOng Kong saya book awal-awal flight Cathay Pacific ni. Now airlines ni pergi ke lebih kurang 90 destination, lebih kurang ke 35 buah negara. Banyakkan coverage flight ni? So uol bolehlah cuba naik this flight sebab macam-macam tempat yang  boleh pergi. Camne nak booking? Uol boleh terus klik Cathay Pacific flight booking

Tapi tiap kali naik flight of course la nak tiket murah kan? Untuk Cathay Pacific ni, pertama sekali korang kena pergi ke web Traveloka atau download appsnya. Uol boleh klik link https://www.traveloka.com/en-my/cathay-pacific#schedule terus sebab kat sini korang boleh search flight yang ada. Contohnya kalau nak ke Bangkok, atau nak cari flights to bangkok online promotion first sekali korang pilih tarikh yang korang nak plan. TAPI my suggestion jangan pilih tarikh time cuti sekolah atau musim perayaan. Almaklum waktu-waktu gitu confirm susah nak dapat harga yang menarik. Pastu klik Search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah tarikh tu so kena search tarikh lain lak. Actually dia akan keluar juga result dari airline lain, so korang boleh bandingkan harga terus kat situ.

Airline ni ada 4 jenis seating yang korang boleh pilih, ada economy, premium economy, business atau first class. Economy class ni sama jugak macam airline lain, ada tempat untuk letak barang kat depan seat dan selesa, and ada jugak in flight entertainment untuk perjalanan yang jauh. Untuk premium economy lak seat dia besar sikit and lebih selesa untuk tidur. Siap boleh request blindfold  lagi untuk tidur kalau nak. Business class lagi best, sebab seat dia besar and ada privacy sikit. Untuk first class pulak seat korang boleh tukar jadi bed so untuk flight yang jauh confirm korang dapat rehat secukupnya. Makanan pulak korang ada 4 pilihan so korang boleh pilih ikut yang mana uol nak ikut jenis seat. Makanan pulak datang dari chef from the top restaurant. Kalau first class boleh pilih nak makan time bila. Cuma if nak pesan janganlah order time take off atau time landing, tak memasal terpelanting lak makanan korang nanti. Hahaha. 

Yang best  kalau selalu fly dengan Cathay Pacific ni korang boleh join Marco Polo Club. Ada banyak benefit kat sini ikut level. So kalau jenis yang selalu travel gunakanlah benefit ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut korang bacalah info dekat Traveloka tu. Ada banyak policy yang korang leh baca berkenaan rules rules yang korang kena patuhi. Macam biasalah if naik flight kena tahu baggage maximum berapa kilogram, kalau lebih kg berapa kena tambah, pet takleh bawak, barang apa yang boleh bawak dalam luggage dan sebagainya. Time nak check in pukul berapa sebelum flight, kalau cancel atau reschedule macam mana nak buat semua info ada. Best kan? Sekali sekala try la naik Cathay Pacific ni untuk experience camne terbang dengan award winner pada tahun 2016 ni. 


One more thing, boleh book terus dan buat payment kat apps Traveloka, sebab apps ni so far antara yang paling selamat untuk buat online transaction. Kalau ada apa-apa masalah boleh roger helpline diorang yang operate 24 hours. No telefon local pun ada so takyah nak tunggu office hour negara luar. Memang sangat SENANG! Tak sabar nak fly dengan Cathay Pacific!


Misya : Walaupun takut tetap suka naik flight.




Photoshoot Muslima Model Class

Salam. Throwback dolu-dolu saya rajin join modelling class. Masa belum ada baby, memang modelling jadi hobi saya. But nak jadi model kenalah belajar. So untuk makesure skill saya sentiasa maintain, saya suka join mana-mana modelling class. One of class yang saya join adalah under supermodel Ara Lee. Saya pernah share tentang this class kat SINI. Hasil daripada class tu, selain daripada ilmu dan experience, kami dapat join sesi photoshoot. Siap dapat compcard free lagi. Jom view antara foto menarik hasil photoshoot during this class.





















Credit
Make Up : Dya Zara
Photographer : The Scope Studio
Wardrobe : Marvelous Misya




Misya : Lama tak posing kat studio.


Terharu masih dapat duit raya...

Salam. Di usia 30an begini dan dah beranak sorang ni impossible la kan nak dapat duit raya. Bagi orang duit raya ada la. huhu. But this year, rezeki saya dan husband dapat duit raya dari adik lelaki saya. Terkejut juga adik tetiba hulur sampul duit raya masa datang beraya ke rumah saya hari tu. Ingatkan untuk baby Erina. Rupanya untuk saya! Terus saya peluk adik saya. Ingatkan saya sorang je dapat, husband saya pun dapat! Alhamdulillah rezeki... 



Yela, dia sorang je adik lelaki saya. Saya memang doakan adik saya ni sentiasa murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Walaupun belajar tak tinggi, tapi rajin bekerja. Maybe dapat bonus raya agaknya dari company dia bekerja tu boleh bagi duit raya kat saya.  Takpun naik pangkat atau naik gaji. Saya tanya dia taknak jawab. haha.

Kami 3 beradik je. Huhu... Adik perempuan saya pun dapat duit raya. 


Syukur Aidilfitri kali ni, kami adik-beradik dapat berkumpul. Adik perempuan saya menetap di Australia. So kali ni dia balik suami dan anak beraya sebulan di Malaysia. So saya rasa bersyukur sangat. Kami memang dah dididik oleh bonda tersayang, jangan kedekut dengan adik-beradik. Kena saling tolong-menolong. Tapi memang rasa terharu dan sebak bila adik lelaki saya bagi duit raya. Even untuk baby Erina pun saya tak kisah dia tak bagi duit raya pun. Sebab saya tahu better dia simpan duit gaji dia untuk future. Dari kecik selalu kena marah. Besela budak lelaki ada nakalnya. Now dah dewasa, bila tengok dia makin matang, saya bangga la juga. Tak pandai belajar takpalah, tapi sentiasa hormat orang tua, bertanggungjawab dan rajin berkerja. InsyaAllah  ke mana pun dipermudahkan. Amin..


Misya : Air dicincang takkan putus.

Resepi Chicken Cordon Bleu Homemade

Salam. Terliur plak nak makan ayam yang ada banyak cheese. huhu.. Selalunya kalau teringin nak makan, saya gi ke Secret Recipe untuk makan Chicken Cordon Bleu (ayam goreng berintikan keju). Masa 1st time try saya dah fall in love dengan chicken cordon bleu ni. Walaupun susah nak sebut tapi sangat sedap. Almaklum penggemar cheese macam saya ni memang suka je nak try apa-apa makanan yang ada cheese. Ternampak kat facebook ada orang share resepi mudah, so saya try lah buat. Sangat puas hati macam makan kat kedai. hehehe..

Bahan-Bahan

Dada Ayam (1 ketul untuk 1 orang)
Chicken Slice
Mozarella Cheese
Telur
Breadcrumbs
Serbuk Lada Hitam
Tepung




Cara-cara Membuatnya

1. Ketuk-ketuk sedikit ayam supaya leper.
2. Taburkan serbuk lada hitam atas ayam.
3. Letakkan chicken slice dan kemudian mozarella cheese. Next gulung / lipat ayam tersebut.
4. Celup ayam ke dalam tepung kemudian telur dan akhir sekali breadcrumbs.
5. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuning-kuningan.
6. Siap dihidang bersama kentang goreng, coleslow dan mashed potato.




Full recipe boleh lihat video di bawah:


Misya : Suka cheese tapi tak mahir nama-nama pelbagai cheese.

Resepi Mashed Potato with Gravy Homemade

Salam. Selain coleslow, benda yang paling penting kalau nak makan ayam goreng KFC adalah mashed potato rite? So kali ni saya nak share resepi membuat mash potato with gravy di rumah. Resepi ni nak kata simple sangat tu takdelah sebab memerlukan banyak bahan dan beberapa step berbeza untuk penyediaan mashed potato atau dalam bahasa Jawanya kentang putar/lenyek dan kuahnya. Siapa rajin, bolehlah try. If ada anak kecil even baby (more than 6 months) pun boleh makan.


Bahan-Bahan Kentang Putar

Kentang
Sour Creme
Susu Segar
Lada Hitam
Sedikit Butter


Bahan-Bahan Gravy
Bawang Kecil
Bawang Benggala
Daun Bawang
Sos Tiram
Serbuk Lada Hitam Halus
Tepung Jagung
Kiub Pati Ayam
Air
Sedikit Garam




Cara Membuat Kentang Putar
1. Rebus Kentang
2. Lenyekkan kentang sehingga hancur.
3. Campurkan susu dan sedikit sour creme ke dalam kentang dan gaul hinggal sebati. 
4. Sambil tu try rasa ikut kemahuan masing-masing.

Cara Membuat Gravy
1. Kisar sedikit bawang putih, bawang benggala dan daun bawang. 
2. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak.
3.Masuk air, sos tiram, lada hitam, kiub pati ayam dan kacau sehingga sebati dan mendidih.
4. Masukkan sedikit sahaja tepung jagung untuk bagi kuah lebih pekat.
5. Letak sedikit garam secukup rasa. Masak kuah sehingga mendidih then siap dihidang.








Info tambahan : Contoh jenama sour creme Pauls yang saya gunakan untuk membuat mashed potato. Tapi jangan letak banyak sangat takut terlalu masam. But confirm kalau guna ni mashed potato jadi lebih sedap.




Misya : Jangan 'mashed' kan hatiku. Cia cia cia...


Resepi Coleslow Homemade Mudah Ala Misya

Salam. Coleslow, suka tak? Saya pun suka! haha.. Tiba jek. Just nak share resepi coleslow sebab saya 1st time try wat di rumah. Daripada beli kat luar, if buat sendiri dapat banyak boleh makan puas-puas. Mudah je nak buat sebab tak perlu nak masak-masak. Yang penting cukup bahan.


Bahan-Bahan 

Sayur Kobis
Carrot
Mayonis
Cuka
Susu Segar
Sedikit Gula dan Garam

Perkakas

Master Chopper (Saya beli di GoShop ----> Klik SINI untuk details)


Cara Membuatnya

1. Cuci bersih-bersih sayur kobis dan carrot. Untuk carrot, perlu di sagat dulu supaya jadi halus. Pun menggunakan alat sagat Master Chopper. Kobis pula just potong-potong sedikit (tak perlu halus sangat).

2. Masukkan sayur kobis dan carrot dalam chopper dan chop sehingga halus (ikut suka nak halus camne). Jangan guna blender nanti terus hancur kobis dan carrot.

3. Then masukkan bahan-bahan lain ikut kemahuan citarasa manis, masam, masin.

4. Siap, masukkan dalam peti sejuk untuk dinginkan coleslow supaya lebih sedap dan fresh.






If ada anak-anak kecil bolehlah buat sebab berkhasiat. Boleh dimakan dengan ayam goreng, chicken chop atau ratah sebegitu saja! Selamat Mencuba...




Misya : Pencetus untuk saya jadi pemakan sayur. 

CONTEST SAYA NAK DUIT RAYA

Klik untuk join

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...