expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 27, 2019

Resepi Coleslow Homemade Mudah Ala Misya

Salam. Coleslow, suka tak? Saya pun suka! haha.. Tiba jek. Just nak share resepi coleslow sebab saya 1st time try wat di rumah. Daripada beli kat luar, if buat sendiri dapat banyak boleh makan puas-puas. Mudah je nak buat sebab tak perlu nak masak-masak. Yang penting cukup bahan.


Bahan-Bahan 

Sayur Kobis
Carrot
Mayonis
Cuka
Susu Segar
Sedikit Gula dan Garam

Perkakas

Master Chopper (Saya beli di GoShop ----> Klik SINI untuk details)


Cara Membuatnya

1. Cuci bersih-bersih sayur kobis dan carrot. Untuk carrot, perlu di sagat dulu supaya jadi halus. Pun menggunakan alat sagat Master Chopper. Kobis pula just potong-potong sedikit (tak perlu halus sangat).

2. Masukkan sayur kobis dan carrot dalam chopper dan chop sehingga halus (ikut suka nak halus camne). Jangan guna blender nanti terus hancur kobis dan carrot.

3. Then masukkan bahan-bahan lain ikut kemahuan citarasa manis, masam, masin.

4. Siap, masukkan dalam peti sejuk untuk dinginkan coleslow supaya lebih sedap dan fresh.






If ada anak-anak kecil bolehlah buat sebab berkhasiat. Boleh dimakan dengan ayam goreng, chicken chop atau ratah sebegitu saja! Selamat Mencuba...




Misya : Pencetus untuk saya jadi pemakan sayur. 

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...