expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 27, 2019

Terharu masih dapat duit raya...

Salam. Di usia 30an begini dan dah beranak sorang ni impossible la kan nak dapat duit raya. Bagi orang duit raya ada la. huhu. But this year, rezeki saya dan husband dapat duit raya dari adik lelaki saya. Terkejut juga adik tetiba hulur sampul duit raya masa datang beraya ke rumah saya hari tu. Ingatkan untuk baby Erina. Rupanya untuk saya! Terus saya peluk adik saya. Ingatkan saya sorang je dapat, husband saya pun dapat! Alhamdulillah rezeki... 



Yela, dia sorang je adik lelaki saya. Saya memang doakan adik saya ni sentiasa murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Walaupun belajar tak tinggi, tapi rajin bekerja. Maybe dapat bonus raya agaknya dari company dia bekerja tu boleh bagi duit raya kat saya.  Takpun naik pangkat atau naik gaji. Saya tanya dia taknak jawab. haha.

Kami 3 beradik je. Huhu... Adik perempuan saya pun dapat duit raya. 


Syukur Aidilfitri kali ni, kami adik-beradik dapat berkumpul. Adik perempuan saya menetap di Australia. So kali ni dia balik suami dan anak beraya sebulan di Malaysia. So saya rasa bersyukur sangat. Kami memang dah dididik oleh bonda tersayang, jangan kedekut dengan adik-beradik. Kena saling tolong-menolong. Tapi memang rasa terharu dan sebak bila adik lelaki saya bagi duit raya. Even untuk baby Erina pun saya tak kisah dia tak bagi duit raya pun. Sebab saya tahu better dia simpan duit gaji dia untuk future. Dari kecik selalu kena marah. Besela budak lelaki ada nakalnya. Now dah dewasa, bila tengok dia makin matang, saya bangga la juga. Tak pandai belajar takpalah, tapi sentiasa hormat orang tua, bertanggungjawab dan rajin berkerja. InsyaAllah  ke mana pun dipermudahkan. Amin..


Misya : Air dicincang takkan putus.

4 comments :

Syaza said... Reply To This Comment

Bestnya. Biasa dah besar gini harapkan duit raya dari suami and adik beradik je la hihi. Yang lelain, jarang nak beri kan

Jannah Ramli said... Reply To This Comment

Bestnya dapat duit raya.

ABUKASA said... Reply To This Comment

selamat menyambut lebaran idul adha
KUNJUNGI JUGA ==>> gambar ulang tahun

ABUKASA said... Reply To This Comment

kunjungi juga kak gambar ulang tahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...