expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 24, 2019

Craving Durian @Bandar Baru Bangi!

Salam. Now musim durian rite? Confirm la yang tergilakan durian sangat excited. Saya ni nak kata suka sangat makan durian tu takdela. But this year agak pelik sebab saya tersangatlah teringin nak makan durian. Jangan kata saya, husband saya yang memang langsung bukan penggemar durian pun sama craving nak makan durian! Oopss bukan sebab mengidam yerrr... ;) Tak memasal kami pi cari durian kat area Bandar Baru Bangi. Berlambak jual kat tepi-tepi jalan. So pilih and stop jela kat mana-mana gerai berkenan di hati. 

Kami ni takdelah nak makan durian jenis mahal-mahal tu. Dapat makan pun dah cukup. So kami pilih durian kampung. Sekilo RM15. Amik 2 bijik, sekilo lebih dia bagi RM28.00. Oklah takat nak lepas gian nak makan durian.

Kebetulan my mom in law pun ada sekali. Jalan-jalan hari weekend..

Try juga bagi babyE rasa durian tapi nampaknya dia kurang gemar. Takpe dia masih belum kenal keenakan sebenar menikmati buah durian. Hehehe...

Gerai durian yang kami singgah. Selesalah ada kerusi meja, siap bagi air free & tempat cuci tangan juga disediakan. Kira kalau malas nak bawak balik rumah sebab takut kereta berbau, makan je terus kat sini. Ada macam-macam jenis durian dijual. Musang King, Udang Merah, IOI dan lain-lain. Alhamdulillah dapatlah melepas craving kami terhadap durian buat sementara waktu. Hehehe..



Misya : Tak suka bau durian melekat kat baju, rumah atau kereta.

2 comments :

JaSSNaNi said... Reply To This Comment

Selagi musim ni makan puas2 ye.. Sama lah saya.. tahun depan tak tahu lah bila musimnya pula. :)

Warisan Petani said... Reply To This Comment

Selamat kendurian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...