expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 24, 2019

Prank husband guna FaceApp tak menjadi!

Salam. Haha sis terjebak juga dengan FaceApp ni. Tapi subjek utama sis untuk di'tua'kan bukanlah diri sis. But my husband. Kikiki.. Dengan niat nak prank husband la kononnya. Hahaha.. Sis pun send lah wasap gambar hasil penuaan wajah my husband. 


Sis sajalah mengusik husband kata "Dengan bini muda ke tu?" Last-last sis yang kena prank balik dengan husband "Muka bini muda iras-iras bini tua gitu" hahahah adoiii sentap sis! Tapi lepas tu ketawa berdekah la sis. hehehe


Tapi ginilah kami kalau bergurau. Kadang kasar sikit tapi tu yang best & merapatkan lagi our marriage. Even husband selamba je bila time gi mana-mana ada awek cun lalu kat depan dia saja je dia sebut wow la, fuyoo la, puji macam-macam depan sis. Tapi sis relaks je. Takdenya nak jealous-jealous tak tentu pasal. Saya try tanya kawan-kawan lelaki lain yang dah kahwin, berani ke dorang benda sama, sume kata takut.  Karang ada yang tido luar la katanya, takpun berperang 3 hari 3 malam. Lorrr hahahah tak best kalau camtu. Isteri ni kadang kena sporting sikit. Tak bolehlah nak over protected sangat. Sampai last-last husband tu jadi hipokrit. Depan bukan main baik sampai pijak semut pun tak mati, but belakang kita entah apa dia wat. Normallah lelaki ada nakal-nakalnya. Daripada dia teruja tengok jantan sama spesis dengan dia tak ke haru?? hahaha... Tapi yang lelaki janganlah mengkhianati kepercayaan diberi. For me, kalau suami kita nakal-nakal sikit tu takpe. Sebab kalau dia nak wat jahat, dah lama dia wat kan? Doakan yang baik-baik saja untuk suami kita. Apa-apa pun FaceApp ni best juga! hehehe..

Ni sis try untuk sis pulak. Husband kata sis dah tua pun lipstick merah tak tinggal! hahaha. Husband dah macam dokong cucu dah kelihatannya.

Tok Mommy Misya.. Gitewww...:p



Misya : Rindu arwah Tok Dawam, Nenek Sima (Belah Ayah) & Tok Ayah, Tok Bok (Belah Ibu). 


3 comments :

Nurulatika Yunus said... Reply To This Comment

hahaha.. cian akak kena prank oleh suami balik.. gurau2 tu baik tuk eratkan hubungan :)

Eina Md Ali said... Reply To This Comment

Nasib baik kita tak terjebak dengan apps ni, hehe

Syadiya Khairul said... Reply To This Comment

tak try lagi faceapp ni. hahaha btw saya follow sini yang ke 2216 :) mind followback if free ye!

http://sayesyadiya.blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...