expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 23, 2019

Sambut Raya Haji ke Merdeka?

Salam. Dah nak sambut Merdeka dah pun baru nak share gambar raya Haji. Huhu.. Tapi sempena semangat Merdeka ni, my mom siap sarung tudung bertemakan Hari Merdeka raya Haji baru-baru ni. Hadiah dari adik lelaki saya. Meriah sungguh kan? Raya Haji biasa-biasa je. My mom masak lontong style Johorean. Tak sempat snap gambar makanan. Takpela share gamba kami ber selfie dan wefie sempena hari Raya Aidiladha tahun ni sebagai kenang-kenangan.


Ayahanda tercinta...

Bonda tercinta...

Kesayangan saya.. Mana babyE? Haha keletihan sangat so terlena. Maka kami ambillah peluang bergambar...

Raya Haji di Seremban.. Adik perempuan saya lagi sorang tak balik sebab Syawal hari tu dia dah balik.

Yang tercinta suamiku...

Ada macam pengantin baru tak? hehehe..;)



Oklah Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir Batin.. Pesanan saya,




Misya : Sentiasa ingat pengorbanan orang sekeliling untuk membahagiakan kita.


Friday, August 9, 2019

Panduan Penggunaan Bekas Plastik Untuk Mengisi Makanan

Salam. Ramai yang tak tahu penggunaan plastik yang betul untuk membungkus atau menyimpan makanan. Saya sendiri pun kadang main bedal je bekas-bekas apa yang ada untuk letak makanan. After baca perkongsian daripada Unit Keselamatan & Kualiti Makanan dari Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan ni, buat saya tertarik nak share dengan uols. So lepas ni hopefully no more plastik berbahaya digunakan untuk mengisi makanan.








Misya : Jauhi manusia plastik (munafik).

Thursday, August 8, 2019

Ayam Goreng McD Extra Spicy boleh tahan TAPI..

Salam. Dah rasa Ayam Goreng McD Extra Spicy? Ke ada yang tak berani nak rasa? Hehehe.. Untuk penggemar makanan pedas macam saya ni, confirmlah nak rasa betul ke pedas sangat macam digembar-gemburkan sampai ada yang kena admit hospital sebab sakit perut dan cirit-birit. 


Ginilah rupanya ayam McD 3x spicy tu. Lebih kurang sama je dengan yang biasa. So pedas ke tak? Yessss memang pedas! TAPI untuk yang kaki pedas macam saya dan husband, bagi kami kira acceptable lagi tahap kepedasannya. Boleh tahan juga pedasnya. Kalau tak biasa makan pedas, baik elakkanlah. Takut korang complaint macam-macam nanti. Sebab McD dah pesan, tanggung sendiri if makan ayam 3x pedas ni. huhu 


TETAPI hasilnya, balik je rumah, saya dan husband terus ke toilet! hahahaha... Perut suddenly memulas. Tapi takdelah teruk sangat sampai ada yang kata cirit-birit tembus spender tu. huhu.. Sekali jela kami memerut pastu ok je seperti biasa. Maybe kami dah biasa makan pedas so takde hal lah. Saya pernah rasa benda lagi berganda pedas daripada ni which makes me surrender after that. Iaitu Maggi Pedas Giler dan seangkatan dengannya (Maggi Pedas dari Korea). So Ayam Goreng McD 3x Spicy ni masih boleh diterima lagilah oleh saya.





Misya : Berani Makan Berani Tanggung

Wednesday, August 7, 2019

Cookie Cream Hokkaido Baked Cheese Tart sangat marvelous!

Salam. Peminat Hokkaido Baked Cheese Tart bolehlah cuba another flavour which is Cookie Cream. Saya dah lama tak makan Hokkaido Cheese Tart ni. Pernah saya share entry tentang Hokkaido Cheese Tart ni. Tapi hari tu lalu-lalu kat kiosk dia kat Alamanda tu terus singgah. Nampak ada macam-macam flavour termasuklah Durian. Tapi saya lebih berkenan dengan flavour Cookie Cream ni. Belilah sebijik bawak balik rumah.

Nampak rupa macam tak berapa menarik kan? Hehe...

Tapi bila try kopak ckit, wow ada krim dalamnya. Yummy!

Try gigit sekali, perghhh sedap lemak berkrim! Pastri rangup macam biasa walaupun berwarna hitam. Bukan hangus tau. hehe.. Combination cheese, cookie, cream dan pastry rangup tu wat feeling-feeling di syurga gitu. hahaha.. Overlah pulak kan! Hehe takpe sape belum try, bolehlah try..


Misya : Tak pandai wat kuih tart.

Tahniah Seri kini bergelar Puan Seri!

Salam. Congratulations Seri! Now dah bergelar Puan Seri yer.. huhu.. Seri is one of my officemate merangkap Pegawai Khas my big bos also. Murah rezeki dapat new position then kahwin pula. Wedding beliau kat Seremban so wajiblah pergi sebab dekat ngan rumah my mom. 

Sempat kami abadikan kenangan dengan pengantin. Cantik sangat-sangat deko dari pintu gerbang ke khemah sampai pelamin. Terkagum jap saya sebab belum pernah jumpa wedding buat kat rumah yang khemahnya dihias sangat cantik. Saya lupa nak snap gambar khemah. Memang lain dari yang lain.


Tahniah Seri Rukiah & husband. Moga uols berbahagian till jannah. Cepat-cepat timang baby ya!;)

With other officemates.

The best part makanan sangat-sangat sedap! Sampai lauk utama habis maybe orang makan bertambah kot. But still ada lauk rendang daging pun sangat marvelous. My husband siap tambah nasi ok! huhu.. Nak ambil no.fon tapi biz card catering ni habis. Takpe nanti nak roger Seri bila dia dah naik keje.

Nampak sedap kan? Memang sedap! hehe.. Plus rasanya tak gunakan bahan perisa like MSG yang banyak sebab husband kata dia tak pening kepala pun lepas makan. Kalau banyak MSG such as Ajinomoto, confirm kejap je dah tangkap kepala. So memang terbukti catering ni masak sedap tanpa menggunakan bahan perisa buatan.



Misya : Sehabis baik tak gunakan MSG. 

Tuesday, August 6, 2019

OYO Diamond Hotel, Kota Bharu, Kelantan || Apa pendapat saya?

Salam. Baru-baru ni saya ke Kota Bharu, Kelantan. Pernah saya share tentang 1 hotel bernama Hanis Villa Hotel sebelum ni tapi rupa-rupanya hotel tersebut telah bertukar nama kepada OYO Diamond Hotel. Terkejut juga saya camne leh bertukar nama? Sedangkan prestasi hotel ni saya rasa antara yang bagus berbanding bajet hotel lain di sekitar KB. Maybe owner dah jual kot kepada OYO. Erm i don't know why but disebabkan saya pernah stay di sini so nak tengoklah if ada perubahan ke tak.

So far masih sama but saya rasa mungkin dinding bilik dicat dengan warna lain. Langsir dan perabot masih sama. huhu. Cuma ada hiasan dan cushion merah tu menampakkan hotel ni moden sedikit la.

Closet lama yang dibuang pintu slidingnya. hehe.. Okla tak penting sangat pun nak kena ada pintu.

Toilet bersih. Ini yang paling penting! 

Toiletries yang disediakan.

Menariknya rate bilik termasuk breakfast.

Ada nasi berlauk (makanan tradisi orang Kelate time breakfast), mee goreng dan roti bakar. Hari lain tak pasti menu yang sama or tak sebab saya menginap 1 malam je di sini.


Minuman panas dan sejuk disediakan.

Actually selain penginapan, boleh juga adakan any kursus, seminar or meeting kat sini. 


Staff receptionist yang mesra..


Tak dapat ambil gambar full building tapi warna catnya masih sama, biru merah gitu.


Sempat selfie kat bilik with babyE.

Untuk bilik double gini ratenya RM100 per night. Okla kan siap ada breakfast. Selesa dan bersih macam berada di rumah sendiri. Siap ada gambar Kaabah lagi - simbolik negeri Kelantan sebagai Serambi Mekah.


Ginilah rupa lobby OYO Diamond Hotel.

Address: PT376, Wisma Koop Guru, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Phone: 09-742 1514


Misya : Jangan jadi poyo.


Murah giler Huggies Ultra & Genki @AEON Alamanda Putrajaya

Salam. Baru-baru ni di Aeon Big Alamanda Putrajaya berlangsungnya sales jualan pampers baby jenama Huggies dan Genki. But rasanya tak ramai yang tahu agaknya sebab stock masih banyak atau pun time tu belum gaji. Sebab sales berlangsung aroung pertengahan Julai until 1st August. Sehari sebelum gaji, husband saya apa lagi terus borong 7 pek Huggies Ultra Diapers & 3 pek Genki Pants! Cukup untuk 5 bulan punya stok. Haha sebab murah giler sales nya. 


Biasanya 1 pek dalam RM62.00++ camtu. Tetiba sales jadi RM32.00++ camtu. Memang rembat lah!

Oh ya sebelum beli kat AEON kami biasanya akan compare juga kat Shoppee ke, Lazada ke,  harga macam lebih kurang sama tapi bila campur postage, berbaloi lagi beli di AEON.

Punya happy babyE tengok Huggiess tersusun banyak-banyak gini.



Waktu biasa-biasa saya memang pakaikan Huggies. Kalau keluar ke mana-mana selalunya saya akan pakaikan Genki Pants. Sebab senang if nak tukar, sarung je terus.

Anak saya Alhamdulillah serasi dengan 2 jenis diapers ni. Sebelum ni pernah try brand lain tapi kulit anak cepat naik ruam ataupun cepat bocor. Yang best Huggies Ultra ni, bila dah berisi, ada indicator bertukar jadi biru menandakan pampers sudah penuh dan perlu ditukar. Kira canggihlah sikit. huhu



Husband saya rembat semua size L tapi dia tinggalkan 1 jek! haha.. Katanya supaya orang tahu tengah sales time tu sampai licin orang beli. 



Misya : Pampers orang tua pernah ada sales ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...