expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 31, 2020

Hadiah farewell atau hadiah persaraan?

Salam. If anyone read my entry about farewell ceremony HERE, ni saya share pula hadiah-hadiah yang saya dapat sempena farewell tersebut. Alhamdulillah rezeki. Yang paling best, boleh dijadikan kenang-kenangan in the future. Jom tengok apa hadiah saya dapat. 

Main present from team Cawangan PMA. Frame comel tertulis kata-kata ucapan yang sweet from rakan sekerja. Terharu sangat-sangat. Thanks guys for all the wishes and du'a. really appreciate it.

Suka sangat hadiah ni. Simple but sweet..




Mommy dapat hadiah, Erina yang excited ya!

Selain frame, ada juga hadiah special set lampu hiasan from IKEA. Tq so much! Bukan 1 but 2 sebab hadiah belated birthday untuk Septemberian pun dapat juga. huhu.. Boleh guna nanti hias rumah.

Frame yang comel ni tak pasti bila boleh gantung. Bcos saya stay di quarters kerajaan. Nak tebuk-tebuk dinding, alahai sayang sebab bukan rumah sendiri. Takpe, simpan dulu. If ada rezeki dapat duk rumah sendiri, bolehlah hiasi dinding dengan cute frame ni.

Baru tukar cawangan, dah dapat hadiah camni. Tetibe feeling macam orang bersara (pencen) plak dapat hadiah. hehehe.. Lambat lagi nak retire. But planning kalau boleh before 50 years old (if panjang umur) nak retire. Want to spend more times with family, beribadah and vacation - jenjalan melihat dunia. Amin.. Yang penting saya dapat jalankan tugas dengan baik di Unit baru dan dapat good communication dengan semua rakan sekerja. Biarlah farewell persaraan nanti orang sedih dengan perpisahan bukannya happy sebab tak suka kita. Ahaks..  


Misya : Perjalanan masih jauh untuk meninggalkan kenangan terindah.


Bloglist Segment 2020

Klik untuk join

Wednesday, January 29, 2020

BEEHA MENCARI BLOGLIST BARU

Klik untuk join
Tag : Once anda open je entry ni, automatik anda di tag! hehe.. Jom support this segment!

Thursday, January 23, 2020

Farewell for me after 10 years at the same unit..

Salam. 2 Januari 2020 finally menjadi detik bersejarah for me apabila ditukarkan ke Cawangan lain after 10 years berkhidmat di unit yang sama. Setahun setengah as contract officer plus 8 tahun setengah as permanent gov servant, now sempena tahun baru 2020, saya ditugaskan di tempat baru. 10 tahun incharge untuk Program Latihan Pengendali Makanan, LPM (which related to food handler training yang wajib semua pengendali makanan seluruh Malaysia hadiri), from 6 person punya task dikecilkan kepada 1 orang punya task, from zero (no guidelines, no module, no experience sebab lepas grad terus dapat offer as contract officer), berkhidmat dengan pelbagai jenis bos dan klien, wow terasa macam kejap je masa berlalu. huhu..

Farewell for me organized by Cawangan Pre-Market Approval (PMA). This is my top bos, Puan Zuraini. Beliau bos saya yang ke-8 pernah saya bekerja. Kawan-kawan lain yang pernah seunit dengan saya semua dah bertukar ke unit lain, but saya masih di unit sama.

Terharu plak bila diraikan. Siap dapat hadiah special from them.

Our team, En. Hermy, Kak Has and Anida. Actually sepanjang 10 tahun, team ni sentiasa berubah. But tetap seronok dapat kerja dengan pelbagai team.

Thank you so much guys for organizing this sweet farewell for me. Actually saya fikir apa la sangat sumbangan saya untuk cawangan ni, tapi rasa sebak pula bila ada appreciation ceremony camni. If ada salah silap jangan simpan dalam hati. Mohon maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa hati. Keep in touch!

Rasa sedih juga nak tinggalkan, yela 10 tahun kalau ada anak dah darjah 5 dah kot. huhu. But still rasa bangga diberi kepercayaan untuk incharge unit yang sama dalam tempoh yang agak panjang. Because unit LPM ni agak mencabar. Perlukan kesabaran yang tinggi dan daya kreativiti yang baik. Bcos kena deal dengan bermacam ragam orang. But saya percaya pengganti saya, Hidayah (kiri sekali) will give the best to this unit.  

Thanks to Food Service Team which always supporting me especially Kak Has sebab banyak ilmu saya dapat daripada beliau dari segi public relation (PR) dengan client and tatacara kerja yang pantas. Saya banyak deal dengan klien luar so memang kena pantas wat kerja and kena banyak tolerate dengan klien. Alhamdulillah, dapat banyak feedback positive dari klien even saya tak mengharap sebegitu. Janji klien puas hati, tak complaint, tu pun dah cukup lega.

Sonok dapat hadiah. hehehe..


Hadiah belated birthday for Septemberian pun dapat. hehe.. Alhamdulillah rezeki.


Thanks again to PMA team. Walaupun different Cawangan, but we are still friends. Ala tukar Cawangan je, but still in the same office. Wakaka.. Doakan saya yang terbaik dalam unit baru dan dipermudahkan segala urusan. Amin.. 

Oh ya, buat yang tertanya-tanya saya ni kerja apa? hehe.. I'm food technologist who works under Food Safety and Quality Division, Ministry of Health Malaysia. :) For more details boleh visit http://fsq.moh.gov.my 



Misya : Tahun baru buat benda baru.

Limau Mandarin tak laku?

Salam. Tahun ni bahang 'limau Mandarin' sempena Chinese New Year agak kurang berbanding tahun-tahun sebelum ni. Biasanya berbiji-biji saya dapat free limau Mandarin. But this year, hanya sebiji je dapat. Tu pun bcos of my officemate yang bagi. Huhu.. Why? Adakah sebab kempen BMF (Buy Muslim First) yang sedang hangat berlangsung sampai limau mandarin tak laku dijual? Atau sebab isu politik dan perkauman yang tengah hot di media sosial? Wallahualam. Saya kurang gemar nak story tentang politik mahupun benda-benda berkaitan isu bangsa-bangsa ni. Bcos I'm not rasis. Semua sama je. Yang membezakan adalah perangai dan sikap seseorang individu tu. Besides, saya dikelilingi oleh rakan-rakan dari pelbagai kaum dan agama which I don't have any problems with them. Alhamdulllah..


By the way thank you my friend Cheah, for this limau Mandarin. Disebabkan pregnant ni memang laju jela saya habiskan limau ni. Kat rumah memamg always standby dengan limau atau orange sebab tekak sentiasa mual dan loya walaupun dah masuk 3rd trimester. Happy Chinese New Year to all my chinese my friend. Moga tahun baru ni uols lebih sukses!


Misya : Pernah belajar Bahasa Mandarin tahap 1.

Wednesday, January 22, 2020

RSMY Nan Cheese @Putrajaya

Salam. Syoknya restoran Nan Cheese terbaik RSMY kini telah dibuka di Presint Diplomatik, Putrajaya!! Mula-mula dibuka, lalu situ punyalah ramai pelanggan. 2nd time, rezeki baby dalam perut nak makan nan cheese dapat masuk kedai ni and terus dapat tempat duduk walaupun pelanggan ramai dan tak putus-putus. Happy tak terkira! hehe.. Senang takyah pi sampai RSMY Bandar Baru Bangi dah nak cari RSMY Nan Cheese.

Of course main menu kat sini adalah nan cheese tarik super marvelous ni. Tak perlu order yang extra cheese sebab yang biasa punya pun dah banyak giler cheese nya. Huhu

Penggemar cheese confirm tak tahan nengok kan? hehe

Sekeping ni cukup lah untuk 2 orang makan. Memang mengenyangkan. Actually saya order garlic nan cheese tapi maybe sebab pelanggan sangat ramai, dia tersalah nan cheese biasa bagi but oklah janji dapat makan nan cheese.

Jangan lupa kalau makan nan cheese kat RSMY mesti cicah dengan Beef Keema ni. Sedap sangat bila daging diadun dengan rempah ratus, perghhh....

Usually saya order nasi briyani tapi honestly mana-mana RSMY saya gi, nasi biryani dia punya taste agak failed. So, kali ni saya try order nasi lemak ayam tandoori. Seriously sangat sedap hokay!! Tak nyesal order.. Memang rasa nasi lemak Melayu bukan versi Mamak punya nasi lemak. Ok now dah tau dah 2nd menu nak order apa if datang RSMY.

Dah sedut suku gelas baru ingat nak snap gambar. Hehe.. Asam Boi, my favourite. Almaklum dah makan cheese, nasi lemak bagai kenalah minum air berlawanan rasa, kasi masam-masam (dengan harapan potong lemak katanya) haha.. Husband saya order kopi 'o', dia kata sedap! Macam kopi kat kampung. Erm sesuatu yang unexpected. huhu.


Overall memang puas hati. Order pun sampai cepat. Terkejut juga sebab pelanggan time tu tersangat ramai. Good job RSMY Putrajaya. But kesian juga customer yang datang tak dapat seat, terpaksa cancel makan di situ. Don't worry next time boleh datang lagi. Dongibab! hehe.. Hope RSMY Putrajaya dapat kekalkan kualiti makanan dan servis ya. Moga terus sukses!


Sumber : Facebook (Saya datang waktu malam, tak dan nak ambil gambar kedai)


Misya :  Ku Nan dah datang makan ke kat sini?

Friday, January 17, 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom


 http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html
Klik untuk join


Hadiah pilihan saya adalah DUIT! hehe... 

Hadiah 4



Segment ini berakhir pada 31/01/2020 11.59 Malam.

Monday, January 13, 2020

Senarai Peserta Segmen Bloglisted 2020 by Misya

Salam everyone. Dah join my latest segment? If belum, boleh klik banner di bawah. Open until 31st January 2020. For those yang dah join, bolehlah blogwalking ke rakan-rakan peserta yang lain. Thank you so much for joining and supporting this segment. Moga ukhuwah antara kita terus berkekalan.. Really appreciate it. :)


SENARAI PESERTA

5. Mamapp




Misya : Always support kengkawan.

BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur

Klik untuk join

Friday, January 10, 2020

January Giveaway by Awesome Dreamer

Klik to join

Segmen Bloglisted 2020 by Misya

Salam everyone.. Wah kejap je dah masuk 10 hari di tahun baru 2020. Sampai saya sendiri tak sempat nak update blog. Usually memang every year i will organized 1 segment to refresh my bloglist. So, wanna join my bloglist? Makesure anda di 'bloglisted' kan oleh saya melalui segmen ni! How to join? Lets read below..


  1. Follow my blog http://www.aimisyahirah.com and my instagram account HERE (for those yang ada IG).
  2. Bloglisted kan my blog in your blog. (means masukkan my blog in your bloglist also)
  3. Make simple entry about this segment by put the title "Segmen Bloglisted 2020 by Misya" and put the banner above which must be linked to this entry back.
  4. Publish your entry, copy the entry link and paste at the comment below. 
Dats all! :) And... for those yang lucky, 2 blogs will be reviewed by me randomly bila ada free time. InsyaAllah.. This segment will be held until 31st January 2020. If rajin uols bolehlah blogwalking ke blog Senarai Peserta nanti. Orite Happy New Year 2020!!



Misya : Baby 2020 is coming.

Segmen Bloglist 2020

Klik untuk join

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...