expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 18, 2020

Cookies misteri atas meja, rupa-rupanya...

Salam. Pagi-pagi datang office terkejut ada orang letak Famous Amous cookies ni atas meja. Mysterious sungguh sebab tiada nama pemberi tertulis. Nak makan, risau plak karang ada orang jampi-jampi. Tak memasal kena mandrem, haa sudah... Wakaka! Siasat punya siasat, oh rupa-rupanya pegawai kontrak saya, Amira yang bagi. Kebetulan awal Januari hari tu, kontrak beliau tamat. So sebagai penghargaan, Amira hadiahkan saya dan kengkawan 1 team cookies ni. Ok boleh makan dengan tenang. Hehehe.. Thanks Amira!


Sebelum tu kami belanja Amira makan kat Padi House, Putrajaya. Last-last my senior, Kak Has yang belanja kami semua. Alhamdulillah rezeki berganda-ganda!

Actually bukan Amira (tudung hijau) sorang je yang dah habis perkhidmatan, saya dan Nida (tudung pink) pun dah tak berkhidmat lagi dalam team ni. Kami ditukarkan ke Unit lain. Dats why Kak Has belanja kami semua. Masa ni lah first time saya makan kat Padi House ni. Memang sedap!


To Amira, moga terus maju jaya di luar sana. If ada rezeki sambung balik kontrak kat sini, welcome back to us. hehe.. Bcos khidmat kamu diperlukan. Antara Pegawai kontrak yang sangat rajin dan willing to learn everything yang kami pernah hire. Moga murah rezeki, dipermudahkan urusan hidup, all the best Amira! Jangan lupakan kami kat sini tau dik..



Misya : Pernah jadi pegawai kontrak hampir 2 tahun.

Review blog Shuhaidah Saad

Salam. Last but not least, nak review pemenang kedua my segment HERE iaitu Shuhaidah Saad a.k.a NSMS. Kalau tadi saya review blog Miss Mulan yang sempoi, blog NSMS lagilah sempoi! hehe.. Rasanya macam dah lama kami connected (follow 1 sama lain), then baru-baru ni nampak NSMS macam active blogging semula. Sebab beliau start blogging lebih kurang sama dengan saya juga if tak silap. So bila baca details About NSMS, oh dats whyla jarang nampak beliau update.


Blog nya sangat sempoi sampai header pun 'nsms' sahaja. hehe.. Mencerminkan beliau memang jenis yang simple dan tak suka messy agaknya. But entry-entry beliau agak menarik sebab ada kisah beliau travel, family, kesihatan dan sebagainya. Sesekali beliau join segmen anjuran blog lain. Kekemasan blog pun ok. Senang nak cari widget yang ada. Hopefully NSMS teruskan ber blogging. Syoknya beliau kini dah jadi full housewife. Saya sendiri pun still learning and pernah sometime tak update entry berbulan-bulan sebab busy especially dah beranak-pinak ni. Haha.. TQ again NSMS for joining my segment and congrats terpilih untuk di review. Kipidap! :)


Misya : Anak bukan alasan untuk teruskan hobi.

Review blog Miss Mulan

Salam. Seperti dijanjikan, 2 blogger bertuah yang join segmen saya sebelum ni akan di review. Entry lanjut di SINI. So untuk entri ni saya nak review blogger Miss Mulan.


Kalau tengok header beliau tajuknya pun 'Dari Hati Miss Mulan' mestilah berkisar apa di dalam hati Miss Mulan. Betul tak? hehe saya main teka je. Actually blog Miss Mulan ni sempoi je. Agaknya Miss Mulan ni seorang yang berjiwa romantik dan lovely, so blog beliau banyak terisi dengan perkara berkaitan novel, telefilem dan drama yang ditayangkan di TV. Bukan sahaja drama Melayu, drama Korea pun ada. So buat peminat tegar drama-drama cinta, bolehlah jengah ke blog Miss Mulan. Banyak update terkini tentang online novel dan drama-drama TV yang meletop-letop ditayangkan. 

Dari segi susun atur, ok tiada masalah. Cuma pada pandangan saya if background putih, kena elakkan tulisan berwarna terang macam pink sebab tak nampak kontra dan sukar dibaca. Mungkin boleh gelapkan lagi pink nya kot. Tapi overall blog ni cute sebenarnya. Masuk je dah berbunga-bunga rasa. hehe. Apa-apa pun kipidap ya Miss Mulan. Ni just pendapat saya je tau. Lain blogger, lain view nya. Tq join segment saya and tahniah terpilih untuk di review. 



Misya : Tiada kaitan dengan kartun Mulan.

TQ ex-boss belanja makan @Padi House!

Salam. Alhamdulillah kenyang.. hehe.. Rezeki hari tu ex-boss saya, En. Hermy belanja makan kat restoran Padi House, di Galleria Putrajaya. Sebagai tanda penghargaan beliau kepada staf yang bertukar keluar dari seksyen beliau iaitu saya and my team mate Nida.

Kat Padi House ni ada macam-macam jenis makanan. Saya pernah try menu ala carte nya, sedap. Kali ni disebabkan bos belanja, so saya pilih western. Hehe..

Tak ingat apa nama menu ni but the taste was very delicious! Ayam yang berintikan cheese dihidangkan dengan spagetti dan salad. Kira rasa dia ala-ala Chicken Cordon Bleu from Secret Recipe la. Memang sedap.

Padi House ni ada beberapa cawangan termasuk di Putrajaya dan Cyberjaya. Bolehlah try. Sedap-sedap tau makanannya. Kat Putrajaya ni time lunch hour memang full house la kat sini. Kena book awal for reservation. 

Inilah team kami. Now saya dan Nida (baju pink) not more in this team. Sudah bertukar officer lain. En. Hermy is the head of the section assisted by Kak Has. Big thanks to them also sebab banyak support each other time memerlukan. 

Apa pun thank you so much En. Hermy for belanja kami makan. Moga murah rezeki En. Hermy dan dipermudahkan segala urusan. Hope Seksyen Food Service ni terus maju with the new team. Walaupun dah tak 1 team, but we can still keep in touch and ukhuwah tetap terjalin sampai bila-bila.


Misya : Bos lelaki memang sempoi.

First meeting as PIC Lesen Ais

Salam. Tahun Baru, di Cawangan Baru, meeting pertama dengan rakan-rakan sejawat yang baru, semuanya baru! hehe.. As mentioned dalam entri INI, now saya bertugas di bawah Cawangan baru. Now saya person incharge (PIC) untuk Pelesenan Ais di HQ Food Safety and Quality Division. Haa so siapa-siapa meniaga ais tu, makesure uols ada lesen tau. Bukan lesen meniaga by PBT tu. Tapi ni lesen khas untuk kilang ais bagi tujuan jualan yang dikeluarkan oleh Ministry of Health Malaysia. If takde lesen, uols boleh dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Makanan 1983.




Ni just sharing momen group photo dengan team pelesenan dari semua negeri di Malaysia. Cer cari saya yang mana satu. Kanan sekali tudung light blue tu.. Abaikan perut makyong yang dah ke depan tu ya. Haha.. If uols pemilik or bekerja di kilang ais, bolehlah mohon lesen di Pejabat-Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Yang penting uols dah daftar premis di http://fosimdomestic.moh.gov.my 

Suasana dalam meeting. Gambar saya takde sebab saya yang snap gambar ni! haha..

At the end of this meeting banyak isu dibangkitkan which pihak kami di Ibu Pejabat akan ambil tindakan penambahbaikan from time to time. Begitulah kerja kami setiap awal tahun mesti kena meeting dengan semua officer incharge di states untuk update any issues dan pencapaian every year. Seronok juga sebab dapat berkenalan dengan officer-officer dari tempat lain. Bertambah luaslah kitaran sosial saya. hehe.. Moga tahun ini dan tahun-tahun seterusnya, kerjasama antara kami kian kukuh. Yang penting kami dapat bantu industri ais berkembang lebih maju. Sebab once ada lesen means, kilang tu dah dipastikan tahap kebersihan dan keselamatannya. Akan ada audit dan monitoring from time to time. So as consumer, makesure beli ais dari supplier berlesen ya!



Misya : Ice ice baby!

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Salam. Allahu belum lagi kesedihan rakyat Malaysia terubat dengan pemergian arwah Abam, pagi ni dikejutkan lagi dengan berita pelakon Ashraf Sinclair yang merupakan suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) meninggal dunia akibat serangan jantung. Terkejut saya dapat berita ni daripada group whatsapp sebab salah sorang dalam group tu ada pertalian dengan Ashraf Sinclair ni. Saya mula-mula tak percaya sebab bila tengok link Harian Metro pagi tadi, kejadian masih belum disahkan. But latest news mengesahkan memang sahih berita tersebut. Media-media dari Indonesia juga mengesahkan berita sedih ini.



Menurut Harian Metro, beliau yang berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia pada jam 4.00 pagi tadi akibat serangan jantung. Allahuakbar.. Bila dah sampai masa, tak kira usia tetap ajal memanggil. Saya nak kata peminat tegar beliau tidaklah, but saya suka tengok life beliau with his family, BCL dan anaknya yang comel berusia 10 tahun. Kelihatan beliau seorang bapa dan husband yang sangat lovely orangnya. Berasal dari Malaysia, after berkahwin dengan BCL terus beliau berhijrah ke Indonesia dan membina empayar di sana. Diharapkan BCL tabah atas pemergian suami tercinta. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Al fatihah..


Misya : Yang baik selalunya pergi dulu.

Monday, February 17, 2020

Fall in love with Tealive!

Salam. In the beginning saya tak gemar langsung nak minum minuman hipster like Coolblog, Tealive dan seangkatan dengannya. Because terbayang level kemanisannya yang melampau. haha. One day my husband introducing me Tealive - Red Bean Milk Tea Bubble, hirupan yang pertama terus wat saya fall in love! Rupa-rupanya sugar level dalam minuman tealive ni kita boleh adjust ikut keinginan. So husband suka pilih yang less sugar. Sedap nice gitu rasa dia. Disebabkan sometimes addicted nak minum benda alah ni, saya order melalui Grab Food. Puas hati lah! Lega tekak kering dapat minum. Oh ya, beside less sugar, uol yang tak suka sangat minum ais tu boleh juga choose less ice. So, sesekali nak try minum apa salahnya kan.. Yang paling penting Tealive ni ada sijil Halal.

If order via grab food mahai sikitlah bcos ada delivery cost. But tak kisahlah bukan selalu pun beli. Nak pi cari kat kiosk dia, mak yong ni tak larat dah nak jalan-jalan sangat. 

Muka excited dapat minum tealive kat office. So far red bean milk tea ni flavour favourite saya. Bcos saya tak minat sangat coffee. Takut migrain. Plus ada red bean tu wat rasa dia lemak-lemak manis memang syok minum time dahaga.



Misya : Baby dalam perut kot nak minum.

Erina 1st time tengok bowling

Salam. Last month husband and kawan-kawan officenya set main bowling kat Alamanda, Putrajaya. Dekat sangat ngan rumah, tak patutlah tak join sekali kan. Plus Erina tak pernah pun dibawa ke pusat bowling. Tak main pun tapi sekadar bagi tengok dikira bagi exposure juga la kan kat anak? Mommy nya dah berat bawak perut takleh nak main bowling. huhu. So tengok jela daddy Erina main bowling with his friends. Tak ramai pun around 5 orang camtu. Oklah dapat berkenalan dengan kengkawan husband. Lagi pun bosan dok uma weekend takdak watpe. So lets enjoy our photos here..


1st time bawak Erina ke tempat ni, so dia macam curious la dengan semua benda kat situ. Daddy nya tukang explain. Haha..



Bila ramai-ramai orang, anak saya ni pemalu sikit. So duk la berkepit dengan mommy sepanjang masa. 

Anak beranak sama je suka selfie. hehe..


Next time bolehlah plan main bowling sendiri bila anak dah besar-besar sikit. Ni pun banyak lane yang tak function - system failure. Okla setakat untuk main santai-santai bolehla..

Orite setel 2 games. Jom balik!


Misya : Tiada bakat dalam sukan.

Hadiah menang giveaway FHR dah sampai..

Salam. Rezeki tahun baru 2020, menang giveaway by Farah Hanani Ramli seperti yang saya mention dalam entry INI. Dalam masa beberapa hari je, hadiah yang dijanjikan sampai ke tangan saya. Sangat pantas! hehe.. Excited tengok hadiah-hadiah comel ni. Ada note book, sticky notes, tagging.. Terasa diri ini pun cute juga bila dapat hadiah gini. Hah giteww.. hehehe..


Notebook ni dalam dia pun colorful tau. COmel sangat sampai sayang pula nak conteng-conteng. Hehe..

TQ FHR!

Selfie dengan hadiah sebagai tanda kenangan.. Ada rezeki boleh menang lagi segmen yang lain. Hehe.. InsyaAllah...



Misya : Mak buyong bajet cute.

Ben Ashaari add my facebook!

Salam. Wow! When Malaysian Top Blogger add me as friend at facebook, tak nyempat tengok profile terus approve on the spot! hehe.. Siapa lagi if not Ben Ashaari. Since saya start blogging dah tahu this guy sangatlah famous. Follower and viewer dia non stop kot. Tu yang wat saya jadi lebih semangat nak blogging. But nak jadi seperti beliau tu jauh lagi perjalanan. Thank you Ben Ashaari for adding me in fb. Dah lama saya follow blog beliau. Entah bila dia nak follow saya balik. Wakaka.. Add dalam fb pun kira rasa bertuah la kot. Hehe..

Saya try wave beliau dalam fb messenger tanda appreciation, dia pun reply thank you. Terkejut juga blogger dah famous amos tapi tak sombong.  Dats why la beliau antara blogger yang disegani. Suka baca entry beliau yang sempoi and santai. Bukan setakat blogging, beliau ni dah macam retis pun ada. Selalu masuk magazine, TV plus jadi embassador macam-macam produk. Perghh! Moga terus maju jaya Ben Ashaari!



Misya : Jiran officemate saya rupanya dia ni.

Friday, February 14, 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.



Giveaway Wang Tunai Mamapipie




Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan : Umi Nazrah, Muhammad Naim Abdullah dan Tiara Sapphire
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50




Misya : Hope ada rezeki baby dalam perut.

Segment Blog Review & Cheerful Bloglist By Hana

Klik untuk join
Motivation words? Only 3...

Learning, improvise, do the best..

Inilah 3 benda yang saya pegang sepanjang hidup. Selagi masih hidup kita kena keep learning. Because everyday pasti ada something new kita belajar. Then bila dah belajar, cuba improvise benda tu dalam our life supaya hidup kita bertambah baik dan tidak stagnant sahaja. Then, anything yang kita buat mesti buat yang terbaik. Tak kira dalam ibadah ke, kerja, study, family, anak dan sebagainya. InsyaAllah with combination this 3 words, hidup kita akan sentiasa ada penambahbaikan. Trust me! :)


Misya : Improve yourself first to get improvement in your life.

Wanted: A New Blog List for March-July 2020

Klik untuk join

My favourite food? Ayam Balado - dah namanya berdarah Minang, so benda-benda balado ni memang favourite la. Makan hari-hari pun takpe. hehe..



Misya : Paling sedap kalau guna cara tradisional - sambal ditumbuk.

Friday, February 7, 2020

Raja Cendol Musang King, Putrajaya

Salam. Musim-musim panas lit-lit ni, kasi pekena cendol alangkah nikmatnya kan? Especially cendol durian. Tapi susah nak cari cendol durian sedap kat tengah-tengah bandar Putrajaya ni. Usually kalau nak makan cendol, terpaksa keluar dari Putrajaya. Cari kat area Bangi or Kajang. Tu pun susah juga nak jumpa. Kalau jumpa, tutup plak kekadang. Membazir masa je pi cari jauh-jauh. Now tak perlu risau! Raja Cendol Musang King yang tersangat famous amos di negeri Melaka kini dibawakan ke Putrajaya!!!

Haaa tu diaaaa... Mana nak dapat ni? Ok, uols boleh ke area Ayer 8 (Presint 8) Putrajaya. Kedainya comel saja bersebelahan dengan Tealive.


Semangkuk ni jenuh gak nak perhabiskan. Tengoklah duriannya..  Craving tak? Hehe.. 

If taknak durian, ada je cendol jenis lain. Mewah isi dia. Macam ABC pun ada.

Kami ni kebetulan datang ke sini sebab ada launching pembukaan outlet Raja Cendol Musang King ni. Kira rezeki terpijak dapat makan cendol free. Alhamdulillah... Sambil membawang dengan rakan-rakan dah lama tak jumpa. Nadzirah, Kak Saadah and my officemate, Kak Has.

So, if jenjalan area Putrajaya bolehlah singgah sini makan cendol buat pelega tekak kering di waktu panas. Congrats buat owner nya atas pembukaan outlet baru di Putrajaya. Hope terus sukses, and maintain meniaga cendol kat sini. Payah tau nak  cari cendol sedap kat Putrajaya ni. Kipidap!



Misya : Rezeki baby.



Pizza @The Grato sangat marvelous!

Salam. Amacam? Terliur tak nengok pizza kat bawah ni? hehe.. Ke beshe-beshe je? ;) Actually ni pizza daripada restaurant The Grato, cawangan Setiawangsa, Keramat. Nampak sempoi je kan pizza nya? But to be honest, SERIOUSLY rasa dia sangat super SEDAP!! Why? Boleh scroll lagi story di bawah. hehe..



Nama pizza ni pepperoni pizza. The best part rotinya sangat lah soft dan gebu. Haish terliur plak bila teringat balik. haha..


Ada macam-macam jenis lagi pizza. Harga pun okla takdelah mahal sangat. Simple je but the taste was MARVELOUS!

Selain pizza, ada juga menu western yang lain. Saya order fish and chip. Pun sedap jugak!


Taknak western? Still ada menu ala carte like kuetiow, mee dan nasi goreng. 

This is kuetiow goreng.


Nasi goreng with soup.

Kopi O and Hot Milo ordered by my husband and my mom in law.

Apple juice

Sempat selfie depan kedai.


Actually The Grato ni share dengan Qodiang (which supply ala carte menu goreng-goreng tu).

Specialnya pizza kat sini dibakar dalam dapur kayu arang. Ala-ala Timur Tengah punya style. Dats why rasa pizza nya berbeza dengan pizza kat tempat lain.

Antara deco menarik kat restoran ni adalah sinki cuci tangannya. So classic!

Anak saya, Erina pun excited nak cuci tangan kat sinki ni. huhu

The Grato ni dah pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makanan TV3 tau. Agak famous tempat ni plus ada beberapa branch di tempat lain.

Plan asal tak terfikir pun nak makan kat sini. Tapi sebab dah bosan makan tempat sama, my mom in law ajak makan sini. Nice restaurant, bersih, deco cantik, pekerjanya bagus - pantas dan friendly.

If nak tau owner The Grato ni rupanya husband kepada kakak senior (Kak Win) masa saya study at UKM. Memang husbandnya ada time saya datang ni tapi sebab tak berapa kenal, segan nak tegur amik gambar ke apa. But memang selalu nampak Kak Win posting tentang The Grato ni dalam fb nya. Dah lama nak try makan kat sini, then finally dapat juga makan. InsyaAllah boleh datang lagi. Highly recommended! Hopefully their business terus sukses and perbanyakkan lagi branches. 



Misya : Sesekali tekak western.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...