expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 25, 2020

Berakhirnya breastfeed journey for Dhiya Sherina...

Salam. Tajuk macam sedih je kan? Huhu. As a mother, saya memang sedih. :( Sebab tak lama lagi my first daughter will become a sister. Sebagai preparation untuk kehadiran newborn baby tak lama lagi, kenalah kemas peti ais untuk menempatkan breastmilk stock. Memang since Erina lahir, saya berazam nak fully breastfeed anak paling kurang 6 bulan. Almaklum saya ibu bekerjaya, nak maintain sampai 2 tahun tu agak berat.  After 6 months, terpaksa mix dengan susu kambing jenama Ar Rayyan. But Alhamdulillah saya berjaya juga breastfeed Erina sampai setahun setengah ngam-ngam saya disahkan pregnant 2nd baby. Erina macam tahu-tahu nak dapat adik, so automatically dia pun stop nak menyusu badan. Syukur sangat dapat anak yang memahami. 

Cuma baru-baru ni time mengemas peti ais, masih ada baki 3 pek breastmilk kepunyaan Erina. Alahai syahdu plak rasa. Terpaksa dibuang sebab dah more than 6 months - expired already. Erina pun dah tak minum dah susu badan. So saya abadikan lah kenangan kat sini. Mana tahu Erina dah besar nanti bila baca entry ni, dia tahu dan faham perasaan mommy yang pernah menyusukannya. 


Semangat nak breastfeed ni terjadi sebab kawan-kawan di office semuanya memang fully breastfeed anak. So bila tengok memasing mengepam susu bergilir-gilir, kita yang tengok pun excited nak susukan anak juga. Kira macam motivation lah untuk saya. Sebab ada juga terbaca experience mommy-mommy nak breastfeed anak, tapi moral down sebab kat pejabat orang dok perli-perli, plus takde support dari orang sekeliling. Syukur my breastfeed journey berjalan dengan lancar dan dipermudahkan atas faktor sokongan husband, family dan rakan-rakan seperjuangan. Penat, sakit, stress tu biasalah. Demi anak, InsyaAllah dipermudahkan. Kena sentiasa positif. Hopefully, 2nd baby ni pun saya dapat breastfeed macam kakaknya. Amin..


Misya : Breasfeed buatkan badan cepat slim semula.

3 comments :

Umi Nazrah said... Reply To This Comment

alhamdulillah tahniah. semangat ibu menyusu memang takkan mudah pudar ^_^

Mell said... Reply To This Comment

Tahniah.. Erina bakal ada adik dah...

Sha Mohamed said... Reply To This Comment

Bila ada sokongan dan juga motivasi memang perjalanan breastfeed ini lebih indah.. Tahniah Misya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...