expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 24, 2020

Hibah : Apalah guna duit banyak jika suami tiada di sisi...

Salam. As everyone knows, dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan pemergian pelawak Abam Bocey. Then a week after that, pelakon Ashraf Sinclair pula mengikut jejak langkah yang sama. Berita penuh di SINI. Sehari after Ashraf Sinclair meninggal dunia, husband saya suddenly berpesan semula tentang hibah yang dia dah buat untuk saya dan anak-anak jika umurnya tak panjang. As a wife, kita takdelah happy pun dengar benda-benda gini dari mulut husband sendiri. Sampai saya cakap pada beliau "Apalah guna duit beribu tapi suami tiada di sisi.." :( Yela, kalau boleh nak sehidup semati dengan husband sampai bila-bila. Apa pun ajal maut di tangan Tuhan.

Keesokannya, kecoh 1 Malaya adik kepada arwah Abam iaitu Ali juga pelawak dari kumpulan Puteh mengeluarkan status tentang kakak iparnya (balu Abam), Hidayah yang berhati binat4ng. Mengucap panjang jugalah bila saya ternampak screenshot status ni kat fb. Tapi lepas tu katanya telah dipadam then keluar status Ali mem4ki hamun pula Dato' Aliff Shukri. Oh barulah faham kejadian yang sebenar awat si Ali ni marah benar. Gara-gara Dato Alif pi visit Hidayah then upload video temubual beliau dengan Hidayah yang berkaitan dengan harta pusaka arwah Abam. TAPI sebagai seorang wanita, yang kehilangan suami, hilang tempat bergantung, tetiba di'bin4tang'kan oleh adik ipar sendiri, honestly saya secara personal TIDAK BOLEH TERIMA. Marahkan orang lain, ahli keluarga (tu pun kalau masih dianggap sebagai keluarga lagi lah) pula dimaki. Moga Hidayah kuat semangat.


BUT apa isu yang saya nak highlight kat sini ialah betapa pentingnya HIBAH. Yang mana husband saya dok explain kat saya beberapa kali tapi saya wat-wat tak dengar sebelum ni. Huhu. Bila saya story kisah si Ali ni, terus husband kata, "haa tu sebablah Abang wat hibah semua tu!" Now baru saya faham. We never know in future camne. Bukan nak thinking negative tentang family mertua or watever, tapi manusia kan, cepat berubah. Macam kes si Ali ni. Masa hidup semuanya nampak happy, baik. Lepas dah takde, terbuka segala pekung sampai nak sebut 'kakak ipar' pun tak sudi. Yang dok keluar dalam sidang media, balu-balu-balu. Langsung takde hormat sedangkan beliau sendiri pun ada isteri dan anak. Syukur Alhamdulillah husband saya mempunyai kesedaran yang tinggi, dah standby awal-awal tentang hibah dan sebagainya. Sediakan payung sebelum hujan katanya.



Berbeza dengan family arwah Ashraf Sinclair. Which suatu ketika dulu pernah kontroversi Bunga Citra Lestari bercuti dengan Ashraf hanya memakai bikini. Masa tu netizen punya kecaman, perghhh ibarat confirm memasing masuk syurga. But di akhirnya, ternyata Ashraf and family ni orangnya baik-baik. Sayangkan ipar sampai say thank you to Bunga for loving their family members. Dats why, saya tak pernah judge orang based on their appearance. Saya sendiri agak pelik, masa Abam meninggal, saya rasa biasa-biasa saja. Bila Ashraf meninggal, tetiba rasa sebak. Nak kata minat, taklah juga. Apa pun Al-Fatihah untuk kedua mereka.


Ok back to the story, simple je benda ni. COMMON SENSE. Islam tu tak kejam. Tapi manusia yang selalu buat Islam tu nampak kejam. Sampai duit dalam wallet husband sendiri pun wife takleh amik, dats too much la. Tak payah  nak fikir deep sangat. So, as woman kena selalu beringat. Even tak bekerja sekalipun, kena sentiasa ada saving. Dari nafkah husband tu simpan sedikit. Buat biz online kecil-kecilan. Lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu memasak ke, menjahit ke, or any kemahiran yang boleh menjana pendapatan sendiri. We never know our future because yang selalu tertindas adalah wanita. Wallahualam.


Misya : Pernah terfikir nak jadi fully housewife tapi Tuhan tak mengizinkan.  

3 comments :

ejulz said... Reply To This Comment

Semoga dipermudahkan urusan keluarga arwah dan hubungan keluarga baik seperti sedia kala..

Sha Mohamed said... Reply To This Comment

semoga yang baik-baik sahaja buat mereka..

Elly Matin said... Reply To This Comment

pada hari yang sama kawan saya juga kehilangan suami tercinta dan kawan tu cakap. mertua dia cakap. Semua harta suaminya ambillah dan gunalah untuk kegunaan pembelajaraan anak-anak serta teruskan kehidupan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...