Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Salam. Allahu belum lagi kesedihan rakyat Malaysia terubat dengan pemergian arwah Abam, pagi ni dikejutkan lagi dengan berita pelakon Ashraf Sinclair yang merupakan suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) meninggal dunia akibat serangan jantung. Terkejut saya dapat berita ni daripada group whatsapp sebab salah sorang dalam group tu ada pertalian dengan Ashraf Sinclair ni. Saya mula-mula tak percaya sebab bila tengok link Harian Metro pagi tadi, kejadian masih belum disahkan. But latest news mengesahkan memang sahih berita tersebut. Media-media dari Indonesia juga mengesahkan berita sedih ini.



Menurut Harian Metro, beliau yang berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia pada jam 4.00 pagi tadi akibat serangan jantung. Allahuakbar.. Bila dah sampai masa, tak kira usia tetap ajal memanggil. Saya nak kata peminat tegar beliau tidaklah, but saya suka tengok life beliau with his family, BCL dan anaknya yang comel berusia 10 tahun. Kelihatan beliau seorang bapa dan husband yang sangat lovely orangnya. Berasal dari Malaysia, after berkahwin dengan BCL terus beliau berhijrah ke Indonesia dan membina empayar di sana. Diharapkan BCL tabah atas pemergian suami tercinta. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Al fatihah..


Misya : Yang baik selalunya pergi dulu.

Comments

  1. Terkejut baca berita ni.
    Semoga dipermudahkan segala urusan arwah. Alfatihah

    ReplyDelete
  2. terus klik tengok tajuk entry? Oh, *speechless*

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts