Pizza @The Grato sangat marvelous!

Salam. Amacam? Terliur tak nengok pizza kat bawah ni? hehe.. Ke beshe-beshe je? ;) Actually ni pizza daripada restaurant The Grato, cawangan Setiawangsa, Keramat. Nampak sempoi je kan pizza nya? But to be honest, SERIOUSLY rasa dia sangat super SEDAP!! Why? Boleh scroll lagi story di bawah. hehe..



Nama pizza ni pepperoni pizza. The best part rotinya sangat lah soft dan gebu. Haish terliur plak bila teringat balik. haha..


Ada macam-macam jenis lagi pizza. Harga pun okla takdelah mahal sangat. Simple je but the taste was MARVELOUS!

Selain pizza, ada juga menu western yang lain. Saya order fish and chip. Pun sedap jugak!


Taknak western? Still ada menu ala carte like kuetiow, mee dan nasi goreng. 

This is kuetiow goreng.


Nasi goreng with soup.

Kopi O and Hot Milo ordered by my husband and my mom in law.

Apple juice

Sempat selfie depan kedai.


Actually The Grato ni share dengan Qodiang (which supply ala carte menu goreng-goreng tu).

Specialnya pizza kat sini dibakar dalam dapur kayu arang. Ala-ala Timur Tengah punya style. Dats why rasa pizza nya berbeza dengan pizza kat tempat lain.

Antara deco menarik kat restoran ni adalah sinki cuci tangannya. So classic!

Anak saya, Erina pun excited nak cuci tangan kat sinki ni. huhu

The Grato ni dah pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makanan TV3 tau. Agak famous tempat ni plus ada beberapa branch di tempat lain.

Plan asal tak terfikir pun nak makan kat sini. Tapi sebab dah bosan makan tempat sama, my mom in law ajak makan sini. Nice restaurant, bersih, deco cantik, pekerjanya bagus - pantas dan friendly.

If nak tau owner The Grato ni rupanya husband kepada kakak senior (Kak Win) masa saya study at UKM. Memang husbandnya ada time saya datang ni tapi sebab tak berapa kenal, segan nak tegur amik gambar ke apa. But memang selalu nampak Kak Win posting tentang The Grato ni dalam fb nya. Dah lama nak try makan kat sini, then finally dapat juga makan. InsyaAllah boleh datang lagi. Highly recommended! Hopefully their business terus sukses and perbanyakkan lagi branches. 



Misya : Sesekali tekak western.





Comments

  1. nampak sedap pizza dia..menu lain pun nampak best especially western.. Boleh try pasni, kalau tak asyik repeat kedai sama je kalau keluar

    ReplyDelete
  2. Wonderful! Thank you for sharing an informative information. Please keep it up such a great posting like this above.

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/08/bangladesh-magazines.html

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/02/best-bangladesh-classified-website.html

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/04/bangladesh.html

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/11/bangladesh-radio-stations.html

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/02/best-india-classified-website.html

    https://digitalaslamhossain.blogspot.com/2019/04/india-jobs.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts