Raja Cendol Musang King, Putrajaya

Salam. Musim-musim panas lit-lit ni, kasi pekena cendol alangkah nikmatnya kan? Especially cendol durian. Tapi susah nak cari cendol durian sedap kat tengah-tengah bandar Putrajaya ni. Usually kalau nak makan cendol, terpaksa keluar dari Putrajaya. Cari kat area Bangi or Kajang. Tu pun susah juga nak jumpa. Kalau jumpa, tutup plak kekadang. Membazir masa je pi cari jauh-jauh. Now tak perlu risau! Raja Cendol Musang King yang tersangat famous amos di negeri Melaka kini dibawakan ke Putrajaya!!!

Haaa tu diaaaa... Mana nak dapat ni? Ok, uols boleh ke area Ayer 8 (Presint 8) Putrajaya. Kedainya comel saja bersebelahan dengan Tealive.


Semangkuk ni jenuh gak nak perhabiskan. Tengoklah duriannya..  Craving tak? Hehe.. 

If taknak durian, ada je cendol jenis lain. Mewah isi dia. Macam ABC pun ada.

Kami ni kebetulan datang ke sini sebab ada launching pembukaan outlet Raja Cendol Musang King ni. Kira rezeki terpijak dapat makan cendol free. Alhamdulillah... Sambil membawang dengan rakan-rakan dah lama tak jumpa. Nadzirah, Kak Saadah and my officemate, Kak Has.

So, if jenjalan area Putrajaya bolehlah singgah sini makan cendol buat pelega tekak kering di waktu panas. Congrats buat owner nya atas pembukaan outlet baru di Putrajaya. Hope terus sukses, and maintain meniaga cendol kat sini. Payah tau nak  cari cendol sedap kat Putrajaya ni. Kipidap!



Misya : Rezeki baby.



Comments

  1. waalaikumussalam. pergh sedap nikmat lazat. semua ada :D

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa! dah dkt jugak dgn rumah ni boleh singgah pasni. tq for sharing sis ^

    ReplyDelete
  3. Wow memang sedap ..mengancam rasa nak makan ja hehehe

    ReplyDelete
  4. Tadi pegi jemputan kahwin pun pekena cendol semangkuk.
    tapi takde durianlah.

    ReplyDelete
  5. whoaaaa DAPNYAAAAA NAKKK DURIANN! hahahaha.. #DurianLover

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts