Rezeki jual barang terpakai dapat RM30.00

Salam. Alhamdulillah rezeki jual baju, tudung, cadar terpakai dapat RM30.00 duit poket. Actually memang rutin tahunan saya dan husband akan sorting segala pakaian dan barangan yang ada untuk dijual. Almaklum saya ni sejenis OCD sikit bila tengok terlampau banyak baju dan barang sampai rumah jadi tak terkemas, mulalah stress. haha.. Kebetulan kami bakal menyambut kelahiran 2nd baby, so semangat mengemas tu membuak-buak. Every single space dalam rumah perlu dibersihkan. Mana-mana baju yang masih elok tapi tak dipakai memang akan dijual.

Kat mana kami jual? Actually kami dapat contact owner kedai bundle dari Seri Kembangan ni, which dia akan datang rumah kita untuk beli pakaian terpakai tersebut. 1kg dia beli dengan harga RM1.00. So, saya jual 30 kg maka dapatlah RM30.00.

Hasil sorting untuk setahun. Bayangkan setahun pun dah leh dapat 30kg punya baju dan barang terpakai, kalau anda jenis jarang or tak pernah sorting boleh dapat lagi banyak kot. Selain pakaian, boleh juga jual cadar, langsir, jaket@coat, bantal hiasan, tudung, beg dan lain-lain. Dengan syarat kondisinya masih elok. Bukan yang dah koyak rabak, ada kesan kotoran atau dah berbau hapak - akibat terlalu lama disimpan dan tak pernah berkemas. Usually saya pilih baju yang berusia 3 tahun ke bawah untuk dijual. If more than that biasanya baju tu dah outdated (means fesyen dah lama), so hala tujunya bukan untuk dijual tapi disedekahkan atau dibuang terus. Huhu.. 


Honestly tiap kali berjaya jual barangan terpakai ni, hati rasa lebih tenang. Even kadang kita rasa sayang sebab fikir beli guna hasil duit kita. Tapi kalau dah bertahun simpan tak pakai maksudnya apa? Maksudnya kita sebenarnya tak perlukan barang tu dan bukan rezeki kita lagi dah untuk memiliknya. So panjangkanlah rezeki tu kepada orang lain dengan cara sedekah atau jualkan sahaja. Saya pernah share tips camne nak buang barang yang terlampau banyak kat SINI


Misya : Jangan terlalu sayang pada harta benda duniawi.

Comments

  1. wahhh bagusnya camni..
    byk jgk tu 30kg.. hehee..

    sy bsenya kalo baju2 xpkai bg kat org je..
    sbb nk jual pon xbyk sgt..

    ReplyDelete
  2. @ezy.xixii hehe dah berkeluarga ni memang banyak baju lama-lama tak leh pakai dah. Tu jadi banyak plus sy ske shopping online. Bila baju sampai, tak berkenan pula tu tak pakai2. huhu..

    ReplyDelete
  3. Wau... baru tau tempat jual baju terpakai... thanks share

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat jual...saya pon patut kena jual..tapi mak saya lebih suka bagi orang..hehe

    ReplyDelete
  5. Sha tak pernah lagi buat macam ini.. selalunya bagi je dekat orang kalau masih elok, kalau yang dah lusuh tu memang buang atau buat kain buruk je.. Bagus juga boleh jana duit..

    ReplyDelete
  6. Terus semangat juga mau jual barang yang tidak guna.. Weekend ni ku projek barang endak pakai..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki.. hehe tiba2 rasa teringin nak buat bisnes pula ;)

    ReplyDelete
  8. Dari kumpul banyak2 terdampar tak guna, jual ada duit hujung bulan. ^^

    ReplyDelete
  9. betul kak.. lagi satu lepas dah jual, rasa lapang je rumah,,, hahaha

    ReplyDelete
  10. @Shuhaida kan..? Husband pun bila tengok almari baju dia skrg rasa tenang je. Rupanya lebih banyak yang tak pakai daripada yg pakai sampai almari jadi separuh kosong lepas sorting..

    ReplyDelete
  11. boleh tak awak share kn contact owner bundle tu? sy ada baju cadar n handbag nk jual 🤣

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts